in

Pesawat Concorde, Satu-Satunya Pesawat Komersial Dengan Kelajuan Supersonic

Masyarakat pada hari ini tidak dapat lagi menikmati keselesaan atau pengalaman menaiki kapal terbang Concorde kerana khidmatnya telahpun ditamatkan.

Mengikut catatan sejarah, selepas membawa para penumpangnya merentasi kawasan dunia pada kelajuan supersonic selama kira-kira 30 tahun.

Concorde telah melakukan penerbangan Transatlanticnya yang terakhir pada hari Jumaat, 24 Oktober 2003 dan penerbangan ini telah mendarat di New York yang perjalanannya bermula di London.

Manakala juruterbang Concorde ini yang terakhir ialah Mike Bannister.

Tiga belas tahun yang lalu, pesawat supersonic Concorde terhempas sebaik saja berlepas dari landasan di lapangan terbang Charles de Gaulle, Paris, Perancis. Kecelakaan ini telah membongkar pelbagai masalah pada pesawat itu sehingga akhirnya tidak lagi digunakan beberapa tahun kemudian.

Menurut stesen berita BBC, pesawat Concorde milik syarikat Air France terjatuh menghentam bangunan hotel Relais Bleu di kota Gonesse. Kecelakaan pesawat yang dalam pernerbangan ke New York itu membunuh kesemua 109 penumpang dan anak kapal serta empat orang di darat.

Menurut penyiasat, pesawat terhempas selepas dua minit berlepas dari landasan. Pesawat Concorde jatuh menghentam bumi setelah salah satu dari enjin pesawat di bahagian kiri terbakar.

Ini merupakan kecelakaan pertama bagi Concorde setelah 31 tahun melayani industri penerbangan. Terbang sejak 1980, pesawat nahas dengan nombor penerbangan AF4590 ini baru empat hari sebelumnya diperiksa dan tidak ditemui sebarang masalah.

Namun, jatuhnya pesawat itu terjadi sehari selepas British Airways, menemui retakan yang sangat kecil di semua pesawat Concorde mereka, yang berjumlah tujuh unit.

Setelah berlakunya nahas ini, Air France untuk sementara tidak menghentikan semua operasi pesawat Concorde. Kumpulan penyiasat dalam laporan setebal 400 halaman, pada 2002 akhirnya menyatakan bahawa telah ditemui sekeping kecil logam sepanjang 40 cm menancap di salah satu roda Concorde. Potongan logam milik pesawat lain yang berlepas lima minit sebelum pesawat Concorde berlepas.

Logam kecil yang menancap di roda ini telah menghasilkan puing yang telah hinggap ke tangki bahan bakar pesawat, yang segera memarakkan api yang melumatkan seluruh pesawat.

Walaupun sebelum itu pihak syarikat telah melakukan penyelenggaraan besar dengan kos pembiayaan yang sangat mahal, Concorde akhirnya ditamatkan.

Untuk mencegah berulangnya kemalangan yang lebih teruk, British Airways dan Air France sepakat tidak lagi menggunakan Concorde pada 2003.

Leave a Reply

Cantiknya Bila Hyoyeon Girls Generation Cuba Pakai Baju Kebaya

Kenali Niena Azman, Penjaga Gol Futsal Wanita Malaysia Yang Cantik Menggoda