in

LOL Love

Setelah 7 Tahun Berkhidmat, Kucing Ini Akhirnya Bersara Sebagai Penyambut Tetamu Di Sebuah Hotel Di New York

Selama ini, kami ingatkan hanya lembu, kerbau dan monyet sahaja yang bekerja dengan manusia, namun rupa-rupanya, seekor kucing yang comel ini juga pernah berkhidmat dengan manusia.

Seekor kucing yang dikenali sebagai Matilda telah bekerja di Hotel Algonquin, New York di Amerika Syarikat selama 7 tahun berturut.

Kucing ini ditugaskan untuk menyambut tetamu yang mendaftar masuk dengan mengiau kepada mereka sebagai tanda ucapan selamat datang. Selama berkhidmat, Matilda tidak pernah gagal untuk mengiau dan ini telah menjadi sebagai sebuah tarikan unik untuk hotel tersebut.

Namun, masanya sudah pun tiba. Matilda telah pun mencapai usia persaraannya dan bakal meninggalkan pekerjaannya itu tidak lama lagi. Matilda akan menyerahkan tugas itu kepada rakan kucing yang bakal menggantikannya tidak lama lagi.

Lebih mengagumkan apabila hotel itu telah pun meletakkan kucing itu sebagai penyambut tetamu sejak mereka mula beroperasi sejak 90 tahun yang lepas. Hal ini telah menjadi tradisi apabila pada tahun 1930 terdapat banyak kucing liar yang berkeliaran di luar hotel. Setelah itu pemilik hotel membuat keputusan yang tepat untuk menempatkan ia di barisan hadapan hotel.

Pada tahun 2010 Matilda III, yang merupakan kucing terbaru sebagai penyambut tetamu dijumpai di dalam sebuah kotak di luar bangunan pelabuhan Washington. Semenjak itu hotel menjadi meriah dengan kehadiran pelanggan mereka.

Leave a Reply

Masih Ingat Lagi Wanita Yang Mengandungkan Kembar Lapan? Inilah Perkembangan Beliau Sekarang Setelah 8 Tahun

Niat Mahu Nampak Cantik, Kanak-kanak Perempuan Ini Azab Setelah Kulitnya Melecur Akibat Henna