in

Isteri PM Jepun Berpura-pura Tidak Tahu Berbahasa Inggeris Kerana Tidak Mahu Berbual Dengan Donald Trump

Donald Trump mungkin satu-satunya Presiden Amerika Syarikat yang memiliki karakter yang paling unik untuk bergelar sebagai seorang pemimpin negara.

Sejak Trump secara rasminya memduduki Rumah Putih menggantikan presiden sebelum itu, Barrack Obama, Trump secara tidak langsung telah menarik perhatian media antarabangsa dengan gelagatnya yang tidak seperti seorang presiden itu.

Terbaru, isteri kepada Perdana Menteri Jepun, Akie Abe yang menghadiri Sidang G20 telah mencuri perhatian masyarakat antarabangsa apabila beliau telah ‘memperbodohkan’ Trump yang turut menghadiri persidangan yang sama.

Di dalam sebuah temuramah, Trump telah memberitahu wartawan yang beliau menghadapi kesukaran untuk berbual dengan isteri kepada PM Jepun itu kerana Akie Abe tidak tahu berbahasa Inggeris.

Trump yang duduk semeja dan bersebelahan dengan Akie Abe di dalam sebuah majlis makan malam selama hampir dua jam dan tidak berbual di antara satu sama lain kerana masalah komunikasi.

Komen Trump ini kemudiannya telah menarik perhatian seorang wartawan antarabangsa yang kemudiannya berkongsi sebuah video yang memaparkan Akie Abe sedang bertutur di dalam bahasa Inggeris dengan fasihnya di dalam sebuah majlis yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Setelah Bersusah-payah Membesarkan Anak Angkatnya Selama 25 Tahun, Ini Balasan Yang Diterima Oleh Wanita Tua Ini

10 Monarki Yang Paling Kaya Di Dunia