in

Love OMG WTF

10 Monarki Yang Paling Kaya Di Dunia

Konsep monarki mungkin telah hilang ertinya di Barat sejak kebelakangan ini, namun buat negara-negara yang masih diketuai oleh raja, mereka masih merupakan antara 0.1% golongan terkaya di dunia!

Kini, raja-raja masih lagi dilihat sebagai simbol kedaulatan sesetengah negara, walaupun kebanyakkan daripada mereka mempunyai kuasa yang terhad dalam perihal politik negara, namun itu tidak menghalang mereka untuk menjadi salah seorang yang terkaya di dunia.

10. Sultan Qaboos bin Said Al-Said, $700 juta (Oman)

Setelah kemangkatan ayahandanya, Sultan Qaboos telah bertanggungjawab mentransformasikan Oman, sebuah negara terperincil di semenanjung Arab kepada sebuah negara yang maju jaya. Walaupun baginda telah merangkul sebahagian pendapatan dari usahanya, baginda dikenali ramai sebagai seorang yang pemurah.

9. Putera Albert II, $1 billion (Monaco)

Dilahirkan dalam keluarga yang serba berada, yakni Grace Kelly dan Putera Ranier III, Putera Albert mewarisi pelbagai koleksi mewah daripada rangkaian kereta antik dan koleksi seni yang tidak ternilai, hingga ke hartanah di serata dunia.

8. Sheikh Tamim bin Hamad bin Khalifa Al-Thani, $2 billion (Qatar)

Sebagai seorang pemerintah negara yang terkenal dengan kekayaan, Sheikh Tamim sering menjadi contoh yang baik kepada rakyatnya — beliau merupakan seorang graduan dari Akademi Tentera Sanhurst di UK, di samping menjawat beberapa posisi penting dalam angkatan tentera negara itu.

7. Raja Mohammed VI, $2.5 billion (Morocco)

Raja Mohammed telah menjadi pemerintah Morocco sejak 1999. Selain menjadi raja pemerintah kepada negara tersebut, baginda turut berminda business, terutamanya dalam bidang pertanian dan perbankan. Baginda juga seorang yang gemar akan warisan budaya, lagi-lagi akan pemeliharaan bahasa ibunda Morocco.

6. Putera Hans Adam II, $3.5 billion (Liechtenstein)

Putera Hans Adam II paling dikenali sebagai pemilik Liechtenstein Global Trust, di samping menjadi seorang pengumpul tegar barangan seni!

5. Ratu Elizabeth II, $15 billion (United Kingdom)

United Kingdom boleh dikatakan sebagai negara pertama di dunia yang diindustrikan — UK sememangnya antara negara yang terkaya dengan pengaruh budaya, ekonomi dan politik! Hal yang sama boleh dikatakan akan perihal kekayaan pemerintah mereka, Ratu Elizabeth.

4. Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, $17 billion (Arab Saudi)

Raja Salman dikenali rakyat jelata sebagai seorang dermawan yang amat pemurah. Anak saudara baginda, Putera Alwaleed bin Talal dikatakan mempunyai kekayaan yang lebih besar darinya, iaitu $26 billion. Walaupun Raja Salman bukan di tempat pertama dalam senarai ini, it’s safe to say that his family is among the richest of all the richest.

3. Sultan Hassanal Bolkiah, $20 billion (Brunei Darussalam)

Sultan Brunei ini sememangnya terkenal dengan kekayaan yang tidak terhingga! Baginda gemar mengumpul pelbagai jenis kereta mewah — anggaran nilai koleksinya? ~$5 billion.

2. Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, $23 billion (Emiriah Arab Bersatu)

Sheikh Khalifa bukan sahaja merupakan pemerintah negara itu, baginda juga merupakan pengerusi syarikat Abu Dhabi Investment Authority, yang dikhabarkan mempunyai keuntungan lebih $600 billion setahun! Hal demikian membuatkan Sheikh Khalifa sebagai antara penyumbang bantuan kewangan terbesar di UAE.

1. Raja Vajiralongkorn, $30 billion (Thailand)

Kemangkatan ayahandanya sekali gus membuat Raja Vajiralongkorn, atau lebih dikenali sebagai Raja Rama X sebagai pewaris diraja terkaya di dunia. Dalam kepelbagaian yang dikumpul oleh baginda, ia dikhabarkan bahawa berlian terbesar di dunia (dari segi karat) turut dimilikinya!

Leave a Reply

Isteri PM Jepun Berpura-pura Tidak Tahu Berbahasa Inggeris Kerana Tidak Mahu Berbual Dengan Donald Trump

Wartawan Wanita Lebih Diminati Kerabat Diraja Berbanding Wanita Lain?