in

Wartawan Wanita Lebih Diminati Kerabat Diraja Berbanding Wanita Lain?

Berkahwin dengan kerabat diraja dan bergelar sebagai orang istana sememangnya menjadi impian setiap wanita sejak kecil lagi.

Tetapi percayakah anda bahawa wanita yang bergelar sebagai seorang wartawan lebih diminati oleh kerabat diraja?

Mungkin secara umumnya karier sebagai wartawan memerlukan seseorang berpengetahuan luas dan banyak melibatkan tugasan luar. Atau mungkin jodoh semata-mata. Berikut merupakan lima orang wanita yang pernah berjaya menambat hati kerabat diraja.

1. Puteri Mary, Denmark

Bekas wartawan, Mary Donaldson bertemu dengan Putera Frederik di bar dan restoran Slip Inn ketika Summer Olympics 2000. Mary dikatakan tidak mengetahui bahawa Frederik yang memperkenalkan dirinya sebagai “Fred” adalah seorang putera sehingga diberitahu selepas pertemuan makan malam mereka. 3 tahun kemudian, Putera Frederik melamarnya.

2. Permaisuri Silvia, Sweden

Silvia bertemu dengan Putera Carl Gustaf sewaktu Summer Olympics 1972 ketika bertugas sebagai hos pendidikan dibawah Konsulat Argentina. Putera yang kemudiannya menjadi raja selepas kemangkatan atuknya itu memberitahu bahawa beliau merasa keserasian dengan Silvia sejak kali pertama mereka bertemu.

3. Permaisuri Letizia, Spain

Lebih 10 tahun yang lepas, Letizia merupakan seorang wartawan dan pembaca berita di televisyen ternama Sepanyol. Antara liputan yang dilakukannya termasuklah siaran langsung dari Ground Zero ketika tragedi 11 September serta liputan peperangan di Iraq. Letizia bertemu dengan suaminya, Raja Felipe ketika melaporkan krisis tumpahan minyak di perairan Sepanyol pada hujung 2002. Mereka kemudian mengumumkan pertunangan setahun kemudian.

4. Tengku Permaisuri Norashikin, Selangor

Norashikin Abdul Rahman yang pernah berkeluarga sebelum ini merupakan bekas pembaca berita RTM. Beliau turut meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005) sebelum bernikah dengan Sultan Selangor.

5. Bekas Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar, Brunei

Azrinaz memulakan kerjaya beliau sebagai wartawan penyiaran di saluran televisyen TV3 dan pernah memenangi anugerah “Most Promising Journalist” pada tahun 2000. Beliau juga menerima anugerah Alumni MIIM pada tahun 2002 sebelum berhenti dan dilaporkan berkahwin dengan Sultan Brunei.

Leave a Reply

10 Monarki Yang Paling Kaya Di Dunia

10 Gaun Pengantin Yang Paling Cantik Sepanjang Zaman