in

Wanita Ini Tenang Melahirkan Anak Di Tengah-tengah Jalan Semasa Berjalan Pulang Dari Kedai

Seorang wanita di China baru-baru ini menjadi perhatian netizen antarabangsa setelah melahirkan anak di tengah-tengah jalan raya.

Wanita yang berasal daripada China ini mula perasan yang air ketumbannya mula pecah semasa beliau di dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli-belah di sebuah kedai berhampiran dengan kediamannya.

Di dalam video yang dirakamkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian, wanita tersebut dilihat tenang menyambut kelahirannya, meskipun tidak kena pada tempat dan masa.

Setelah air ketumbannya pecah, wanita itu kemudiannya menjerit ketakutan dan selang beberapa seketika, bayi itu kemudian keluar dan kemudiannya jatuh di atas lantai.

Orang awam yang prihatin dengan insiden itu kemudiannya memberikan wanita tersebut beberapa keping kertas kadbod dan kerusi.

Pihak ambulan kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan membantu wanita itu memotong tali pusat bayinya itu. Bayi itu kemudiannya diletakkan di atas kerusi sebelum ianya  dibersihkan oleh petugas kesihatan.

Setelah disahkan tiada sebarang kompilaasi, wanita itu kemudiannya dilihat berjalan pulang dengan pakaiannya yang dipenuhi darah, berserta dengan bayi yang baru dilahirkankan dengan barang-barangan yang dibelinya tadi  seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Ujian Untuk Lihat Sama Ada Anda Seorang Yang Istimewa Di Dunia Atau Tidak

10 Gambar Unik Yang Mencabar Hukum Fizik, Sekali Tengok Macam Tak Percaya!