in

10 Rumah Terpencil Yang Paling Cantik Di Dunia

Memiliki rumah sendiri sememangnya menjadi idaman semua orang. Tetapi tahukah anda, bukan semua orang yang memiliki rumah sendiri itu berjaya untuk memiliki kediaman idaman mereka.

Ada orang yang sukakan rumah bertingkat di tengah-tengah kota dan ada pula yang gemarkan rumah besar yang terletak di tengah-tengah resort mewah. Tetapi, bagaimana pula dengan rumah besar yang terletak terpencil daripada hiruk-pikuk kota?

Berikut merupakan 10 buah rumah terpencil yang paling cantik di dunia.

Di pergunungan yang sepi dan sunyi

Perkampungan Munnar yang terletak di Kerala, India ini memang terkenal dengan banyak kediaman terpencil yang cantik.

Di tengah-tengah sawah padi

Rumah cantik yang terletak di tengah-tengah sawah padi ini telah dijumpai di sebuah kawasan terpencil di Vietnam.

Hanya kita berdua

Meskipun saiznya kecil dan tidak besar, rumah ini cukup istimewa buat mereka yang inginkan privasi. Terletak di sebuah pulau di Perancis yang dikenali sebagai Ile de Saint Cado, rumah kecil ini memang sesuai untuk mereka sudah bersara.

Rumah hijau

Terletak di Iceland, rumah hijau ini telah dibina pada 130 tahun yang lalu.

Rumah Hobbit

Anda mahu tinggal di tempat yang sunyi tetapi tidak mahu mati kebosanan semasa percutian? Rumah Hobbit ini memang sesuai dengan anda yang mahukan perasaan magical tetapi dalam masa yang sama dapat menikmati privasi anda dengan tenang.

Pasir, kaktus dan meluncur

Terletak di sebuah tempat yang terpencil di Mexico, rumah kecil ini memang popular di kalangan pelancong muda yang mahukan ketenangan di sepanjang percutian mereka.

Pondok Solvay

Terletak pada ketinggian 4000 meter daripada permukaan laut, pondok yang dibina di atas puncak gunung Matterhorn di Switzerland ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong yang mahukan ketenangan di sepanjang percutian mereka.

Rumah camouflage

Sekali imbas, rumah ini hampir tidak kelihatan kerana rekaan yang dibuat seakan-akan sama dengan tembok batu di belakangnya. Dikenali sebagai Eremo di San Colombana, rumah ini sebenarnya merupakan sebuah rumah ibadat yang telah wujud di situ sejak zaman berzaman.

Kepulauan Faroe

Terletak di Kepulauan Faroe, rumah ini memang terkenal sebagai salah sebuah rumah terpencil yang paling cantik di dunia.

Rumah di atas tiang

Bangunan dua tingkat yang bina di atas bongkah batu kapur ini terletak di barat Georgia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Setelah 30 Tahun, Jurugambar Ini Cari Kembali Orang-orang Yang Pernah Dirakamnya

10+ Selebriti Yang Memiliki Pekerjaan Yang Mengejutkan Sebelum Jadi Terkenal