in

Lionel Mesi Datang Selamatkan Peminat Ciliknya Yang Menangis Dihalau ‘Security’

Baru-baru ini, nama Lionel Messi telah menjadi sebutan netizen di seluruh dunia.

Bukanlah disebabkan oleh skill-nya bermain bola di padang, tetapi kerana tindakannya yang menyelamatkan nasib seorang peminat cilik pasukan Argentina setelah kanak-kanak itu dihalang daripada bertemu dengannya.

Insiden yang berlaku sewaktu Messi baru saja tiba di Montevideo menjelang perlawanan kelayanan Piala Dunia menentang pasukan Uruguay.

Sewaktu Messi dan rakan sepasukannya sedang dibawa masuk ke dalam hotel tempat kediaman mereka, kanak-kanak itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan ketika dia cuba untuk menembusi kawalan keselamatan.

Kanak-kanak itu kemudiannya telah dihalau dan diseret keluar oleh pengawal keselamatan sebelum beliau berpeluang untuk bertemu dengan idolanya itu.

Messi yang kebetulan menyedari tentang insiden itu dengan segera meminta supaya kanak-kanak tersebut dibawa kembali untuk bertemu beliau sebelum mereka bergambar bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bulu Roma Meremang Ketika Mendengar Muzik Petanda Anda Seorang Yang Bijak

Gemar Tonton Porno Guna Telefon Pintar Anda? Hentikan Segera Kerana Anda Sebenarnya Dalam Bahaya