in

Kenali Suki, Kucing Bengal Yang Paling Suka Mengembara Bersama-sama Tuannya

Suki, seekor kucing dari baka Bengal ini berbeza daripada kucing-kucing lain sebaya. Selain daripada bulunya yang mulus dan berwarna jingga terang, Suki juga memiliki hobi yang sangat unik iaitu mengembara.

Tidak seperti kucing lain yang lebih suka bermain di dalam rumah, Suki yang berasal daripada Kanada ini gemarkan aktiviti-aktiviti outdoor seperti menaiki kereta, menaiki bot dan juga merentas desa.

Ke mana saja destinasinya, Suki tidak peduli, asalkan dia boleh lari daripada hiruk-pikuk kota

Daratan ataupun lautan, Suki redah sahaja

Suki tidak takutkan air kerana air yang jernih dapat memberikannya sedikit ketenangan

Tidak penting ke manakah destinasinya kerana apa yang penting adalah masa bersama-sama dengan tuannya

Selain daripada mengembara, Suki juga gemarkan aktiviti mengambil gambar di mana dia boleh meng-express perasaannya melalu gaya posing-nya

Tetapi sekiranya kepenatan, Suki tidak kisah untuk duduk diam seketika sebelum menyambung kembali aktiviti pengembaraannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gemar Tonton Porno Guna Telefon Pintar Anda? Hentikan Segera Kerana Anda Sebenarnya Dalam Bahaya

23 Hasil Kerja Bangang Daripada Pereka Yang ‘Fail’