in

5 Negara Tempat Berlindung Sekiranya Tercetus Perang Dunia Ketiga

Sejarah menunjukkan bahawa di dalam setiap peperangan yang tercetus di dunia, pastinya nyawa orang awam yang tidak berdosa bakal menjadi mangsa.

Jadi tidak hairanlah ramai rakyat negara yang berperang memilih untuk meninggalkan negara mereka dengan menjadi pelarian bagi mendapatkan perlindungan dan kehidupan yang lebih baik di negara-negara jiran.

Berikut merupakan lima buah negara yang selamat untuk mendapatkan perlindungan sekiranya tercetus Perang Dunia Ketiga:

New Zealand

Meskipun lokasinya yang sedikit terpencil di bawah Australia, tetapi New Zealand sebenarnya merupakan sebuah negara yang maju.

Selain daripada itu, New Zealand turut menduduki tempat pertama Global Peace Index tahun 2009 dan semestinya menjadikannya negara yang terbaik untuk berlindung daripada sebarang konflik.

Fiji

Di tempat kedua merupakan Fiji yang merupakan sebuah negara yang terbentuk daripada beberapa buah kepulauan yang kecil.

Terletak di bahagian selatan lautan Pasifik, Fiji merupakan salah sebuah negara yang selamat untuk mendapatkan perlindungan sekiranya tercetusnya apa-apa konflik di dunia.

Republik Ireland

Terletak bersebelahan dengan Britain dan juga Ireland Utara, Republik Ireland merupakan salah sebuah negara yang ideal untuk berlindung daripada konflik dunia.

Switzerland

Terletak di Eropah, Switzerland merupakan salah sebuah daripada 11 buah negara yang paling aman di dunia.

Memiliki rating keamanan yang tinggi, tidak syak lagi Switzerland merupakan negara yang selamat untuk mendapatkan perlindungan sekiranya tercetus Perang Dunia Ketiga.

Costa Rica

Selain dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki kestabilan politik yang kukuh, Costa Rica turut terkenal kerana tidak memiliki pasukan tentera sejak tahun 1948 lagi.

Sementara itu, Costa Rica turut menduduki tangga 10 teratas di Global Peace Index, Happy Peace Index dan Life Satisfaction Index.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 Makhluk Aneh Ini Buktikan Lautan Memang Penuh Bermisteri

Sekitar Kediaman Mewah Bernilai RM240j Milik Seorang Jutawan Di Dubai