in

10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Bercuti di kawasan perairan, tidak kisahlah sama ada ianya tasik atau pun lautan pastinya sangat menyeronokkan.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukanlah semua kawasan perairan itu selamat untuk dikunjungi, seperti mana yang kami senaraikan di bawah ini:

10. Great Blue Hole, Belize

Kejadian air pasang dan surut membuatkan fenomena vorteks terjadi pada kawasan lubang besar di tengah-tengah laut ini. Vorteks yang bertindak seperti sebuah vakum gergasi ini kemudiannya akan menyedut apa saja yang lalu di atasnya.

Meskipun berbahaya, terdapat masih ramai pelancong yang sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk menyelam di kawasan yang berbahaya ini.

9. Jacob’s Well, Texas, AS

Perigi semulajadi yang memiliki kedalaman sedalam 30 kaki ini merupakan salah satu tempat yang paling berbahaya untuk menyelam.

Pada dasar perigi ini, terdapat banyak rangkaian terowong yang menghubungkan perigi tersebut kepada beberapa buah gua di bawah air.

8. Tasik Michigan, AS

Tidak semanis namanya, Tasik Michigan ini dikatakan sama berbahaya seperti Segitiga Bermuda di mana terdapat ratus kes pesawat terhempas sewaktu terbang melintasinya.

7. Tasik Natron, Tanzania

Tasik Natron merupakan salah satu tasik yang paling masin dan beralkali di dunia kerana sentiasa diliputi dengan kepingan garam yang kadang kalanya berwarna kemerahan.

Selain itu, suhu yang panas setinggi 50°C dan sifat beralkalinya menjadikan tasik ini paling tidak selamat untuk didiami oleh mana-mana haiwan.

6. Blue Hole, Dahab

Blue Hole ini boleh dianggap sebagai salah satu tempat menyelam di dunia kerana terdapat kejadian yang telah meragut banyak nyawa penyelam.

5. Tasik Horseshoe, AS

Kehadiran gas karbon diokasida yang dihasilkan daripada dasar tasik ini menjadikan tasik ini sangat berbahaya untuk didiami. Bukan setakat itu saja, tasik ini juga telah menjadi punca ‘kematian’ pokok-pokok yang berada di kawasan sekitarnya.

4. Boiling Lake, Dominica

Sesuai dengan namanya, tasik yang terletak di atas puncak pergunungan ini boleh mencatat suhu setinggi 92°C dan dengan suhu yang tinggi itu, ianya boleh menjadikan tasik ini sebagai tasik yang paling panas di dunia.

3. Rio Tinto, Portugal/Sepanyol

Aktiviti penggalian fosil pada hulu sungai ini telah menjadikan sungai dipenuhi dengan mendapan seperti tembaga, besi dan logam berat. Selain itu, kandungan asidnya yang tinggi turut menjadikannya tidak selamat untuk didiami.

2. Laluan Drake

Perairan yang dipenuhi dengan bongkah-bongkah ais, angin kuat selaju 80 batu sejam, arus yang kuat dan jarak penglihatan yang terhad telah menjadi laluan air ini sebagai laluan yang paling berbahaya di dunia.

Sebelum pembukaan Terusan Panama pada awal kurun ke-20, terdapat banyak kapal-kapal yang tenggelam sewaktu melalui kawasan ini.

1. Tasik Kivu

Pada permukaanya, tasik air tawar ini kelihatan sangat tenang tanpa sebarang elemen yang berbahaya.

Namun hakikatnya, terdapat lapisan CO2 di dalam tasik ini dengan gas metana yang banyak pada dasar tasik ini. Gempa bumi yang kecil sudah cukup untuk mencetuskan sebuah letupan yang besar di kawasan tasik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sekitar Kediaman Mewah Bernilai RM240j Milik Seorang Jutawan Di Dubai

Wanita Cantik Ini Jadi Idaman Semua Lelaki, Sebelum Mereka Melihat Bahagian Bawah Tubuhnya Yang Mengejutkan