in

Sekitar Kediaman Mewah Bernilai RM240j Milik Seorang Jutawan Di Dubai

Berbeza dengan bandar-bandar di negara-negara Arab yang lain, bandar seperti Dubai dan Abu Dhabi sering dikaitkan dengan kemewahan dengan simbol keagungan bangsa Arab.

Selain daripada ribuan jumlah kereta-kereta mewah yang memenuhi jalan raya-jalan raya di sana, ratusan bangunan pencakar langit yang dibina turut membuatkan kedua-dua bandar ini cukup dikenali di serata dunia.

Dubai turut menjadi kediaman kepada ribuan jutawan Arab yang berhijrah ke bandar tersebut bagi tujuan perniagaan, maka tidak hairanlah pelbagai projek perumahan mewah turut dibina bagi menampung ‘keperluan’ jutawan di sana.

Salah satu daripadanya projek perumahan mewah yang dikenali sebagai Palm Jumeirah ini. Di bina di atas sebuah pulau buatan manusia yang berbentuk seperti sebatang pokok palma, Palm Jumeriah menempatkan sebanyak 4,500 buah villa mewah untuk dimiliki oleh jutawan-jutawan yang gemarkan kediaman yang mewah dan lebih privasi.

Salah satu daripada ribuan villa yang menjadi tarikan kepada jutawan-jutawan di Dubai ini merupakan sebuah villa yang dikenali Palm Jumeirah Signature Villa ini.

Villa ini juga mempunyai kelengkapan hebat seperti perhiasan mahal dan mini pawagam di dalamnya. Selain itu ada kolam renang khusus di sediakan untuk pemiliknya.

Ruang tamu

Bilik tidur

Bilik air

Ruang hiburan

Suasana ketika malam pula sangat cantik dan romantis dengan pokok tinggi yang ditanam sekelilingnya. Memang tempat tinggal ini sangat mencairkan hati bagi mereka yang melihatnya.

Pemandangan luar dari dalam villa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Negara Tempat Berlindung Sekiranya Tercetus Perang Dunia Ketiga

10 Perairan Yang Paling Berbahaya Di Dunia