in

Cute Love OMG Win WTF

Rawang Bypass – Laluan Jalan Raya Yang Paling Menggayatkan Di Malaysia

Lebuhraya Rawang Bypass yang menjadi jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah akan dibuka tidak lama lagi.

Projek pembinaan lebuhraya ini merupakan antara yang terkompleks di dalam sejarah pembinaan lebuhraya di Malaysia dan juga merupakan yang paling kompleks daripada segi penentuan bahagian ketinggian jajaran.

Laluan sepanjang 23km ini direka arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar melibatkan penambahbaikan 10.72km jalan sedia ada dan pembinaan empat lorong dua hala untuk 12.58km bermula 16 Julai 2005 dan dijangka siap 12 Januari 2008 dengan kos anggaran RM203.47 juta.

Namun beberapa Perjanjian Tambahan dimetrai termasuklah peruntukan khas bagi kos kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik, pembinaan jalan alternatif sepanjang 3.3km melalui Taman Warisan Negeri Selangor, penambahbaikan 1.57km lebuhraya persekutuan, dan memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan RM390 juta dan dijangka siap pada tahun 2017.

Laluan ini dibina merentasi Taman Warisan Selangor, yang padat dengan hutan. Ia unik kerana ditiang sehingga 60m tinggi dan dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di mana setiap pokok perlu dielak seberapa banyak yang mungkin daripada terkorban.

Di sepanjang laluan ini, pengguna lebuh raya akan berada separas puncak pokok atau lebih tinggi bergantung pada kawasan dan selain itu juga akan melaui bawah talian kabel pencawang elektrik.

Laluan ini penting dan dijangka memendek waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja. Ia juga bakal menaik pembangunan di Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim.

Pemandangan yang menarik menunggu anda jika berada di atas laluan tinggi tersebut.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Objek Yang Pertama Anda Lihat Dedah Benda Yang Paling Ditakuti Anda

22 Gambar Ini Buktikan Perodua Myvi Sebenarnya Adalah Kenderaan ‘MPV’ Yang Paling Versatail