in

Love WTF

10 Eksperimen Seram Yang Pernah Dijalankan Di Dalam Sejarah Manusia

Sebagaimana ramai orang tahu, setiap eksperimen sains ada risikonya. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang tidak memikirkannya semasa menjalankan eksperimen-eksperimen mereka ini, baik daripada mencipta manusia-monyet hibrid sehinggalah kepada  penyalahgunaan media sosial,

Berikut merupakan beberapa buah eksperimen yang paling menyeramkan yang pernah dijalankan di dalam serajah manusa.

10. Kacukan Manusia/Monyet

Dalam tahun 1900-an, Ilya Ivanovich Ivanov, seorang saintis (gila) dari Rusia berpendapat bahawa membuat hibrid campuran seorang manusia dan seekor simpanse atau ‘chimpanzee’ ialah idea yang baik. Dengan 13 ekor simpanse betina, dia menyuntik kesemuanya dengan sperma manusia, menharapkan kesemuanya akan bunting. Malangnya untuk dirinya, eksperimennya gagal. Ceritanya belum berakir lagi.

Ivanov mencuba lagi dengan menggunakan simpanse jantan. Situasi semakin buruk semasa dia cuba mencari sukarelawan perempuan untuk eksperimennya. Mujurlah, rancangannya itu ditutup, lalu beliau terpaksa bekerja sebagai doktor haiwan yang bertaraf rendah sehingga akhir kerjayanya.

9. Ujian Anjing Yang Kejam

Ujian gila ini telah dijalankan oleh seorang saintis gila yang dikenali sebagai Pavlov. Pada mulanya, Pavlov hanya mahu untuk mengkaji sistem penghadaman anjing dengan menggunakan sebuah teknik yang dikenal sebagai sham feeding.

Terkenal dengan sikapnya kejam, Pavlov akan menebuk lubang pada bahagian leher anjing itu supaya anjing itu tidak kekenyakan sekiranya terlebih makan.

Dia kemudiannya mengulangi langkah ini untuk beberapa kali sehinggalah tubuh anjing itu dipenuhi dengan lubang-lubang sehingga ke bahagian perutnya.

8. Mengkaji Mangsa Gilotin

Gilotin merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menjalankan hukuman mati pada suatu ketika dulu. Meskipun dilihat seperti kejam, tetapi gilion merupakan sebuah cara yang paling berperikemanusian untuk menghukum pesalah.

Pernah satu ketika dulu apabila kepala pesalah yang telah dipenggal menjadi kemerah-merahan di pipinya setelah ditampar oleh algojo dan kejadian ini telah membuatkan seorang saintis menjadi curious dan ingin tahu punca sebenar.

Maka, mulai hari ini dan setiap kali terdapat hukuman mati dengan gilotin, saintis tersebut akan membuat eksperimen untuk menguji tahap kesedaran mayat itu setelah kepalanya dipancung.

7. Unit 731 Jepun Yang Mengerikan

Semasa Perang Dunia Kedua, terdapat mangsa yang lebih teruk daripada mangsa-mangsa ‘Holocaust’. Sewaktu perang tersebut, sebuah pusat penyelidikan yang dinamakan Unit 731 telah ditubuhkan oleh tentera Jepun.

Apa yang mengerikan mengenai pusat penyelidikan ini adalah kebebasan saintis-saintis unit ini untuk menjalankan apa-apa ujian sekalipun tanpa sebarang sekatan.

Mangsa yang ditahan di pusat ini akan dipotong tanpa menggunakan apa-apa anestesia. Mereka membelah badan manusia untuk mempelajari organ-orang vital dan menjahit beberapa bahagian badan pada tubuh subjek mereka dan memotong beberapa tendon until melihat kesannya.

6. Kembar Siam Buatan

Seorang doktor Nazi, Josef Mengela menjadi terkenal semasa Perang Dunia Kedua akibat kajian-kajian perubatan beliau yang sangat mengerikan.

Beliau memiliki obsesi yang pelik terhadap pasangan kembar. Satu daripada ratusan eksperimennya melibatkan proses menjahit sepasang kembar yang sihat untuk membuat kembar Siam yang berfungsi sepenuhnya.

5. Membesarkan Kanak-kanak Klingon

Di suatu tempat di Amerika, seorang lelaki gila membesarkan anaknya sebagai seorang yang fasih berbahasa Klingon.

Bahasa Klingon ialah bahasa fiksyen dari cerita fiksyen sains Star Trek. Berdasarkan laporan, kanak-kanak tersebut masih dapat mempelajari bahasa Inggeris kerana saudara-mara yang berbual dalam bahasa Inggeris.

Di dalam satu temubual, ayahnya mengatakan dia hanya ingin tahu apa akan berlaku kepada seorang kanak-kanak sekiranya dia dibesarkan dengan bahasa fiksyen.

4. Menghadam Sup Yang Dijangkiti Bakteria

Barry Marshal seorang doktor yang merupakan pemenang hadiah nobel telah menghadapi masalah  untuk menyakinkan rakan sekerjanya bahawa ulser perut berpunca daripada jangkitan bakteria.

Pada tahun 1980an, Marshal tidak dapat menjalankan ujian kepada  manusia untuk membuktikannya teorinya itu. Yakin kepada hipotesisnya, beliau kemudiannay telah  menelan bakteria bagi menyelesaikan perselihan pendapat mereka. Mujurnya, teorinya terbukti benar. Kesimpulannya, dengan membuat dirinya sakit, dia telah berjaya memenangi hadiah Nobel.

3. Eksperimen Little Albert

Eksperimen Albert kecil merupakan sebuah siri eksperimen kejam yang pernah dijalankan di dunia.  Eksperimen ini telah dijalankan oleh seorang doktor psikologi.

Berdasarkan kepada sebuah laporan, eksperimen tersebut bertujuan untuk mengenal pasti sama ada bunyi yang bising dapat menakutkan kanak-kanak.

Di dalam eksperimen tersebut, doktor itu kemudiannya telah memberikan seorang kanak-kanak yang bernama Albert beberapa buah permaian sebelum membuat bunyi yang kuat dan seram di belakangnya bertujuan untuk menakut-nakutkannya.

Perkara tersebut dilakukan berulang kali sehinggalah Albert mula untuk mengaitkan mainan tersebut dengan pengalaman menakutkan. Kanak-kanak tersebut akhirnya menjadi takut terhadap permainan tersebut.

2. Eksperimen Bakteria Di Bandar-bandar Besar

Pendukung teori konspirasi kadang-kalanya gemar membuat konklusi yang dahsyat. Walaubagaimanapun, harus kita fahami bahawa mereka ada sebab mereka untuk tidak mempercayai kerajaan.

Pada awal tahun 1950-an, tentera Amerika Syarikat melakukan sebuah ujian menggunakan bakteria Serratia Marcescens. Mereka telah membuat eksperimen tersebut di bandar San Francisco dengan harapan mereka dapat mengetahui jangka masa bakteria tersebut merebak jika musuh mereka ingin memulakan perang biologi.

1. Eksperimen Psikologi Oleh Facebook

Facebook merupakan antara alat yang pengaruh dan paling berkuasa di dunia.

Malangnya, pada tahun 2012, Facebook cuba menyalahgunakan kuasanya dengan mumbuat eksperimen sosial terhadap berjuta-juta orang penggunanya di serata dunia. Ideanya ialah untuk mempengaruh emosi penggunanya dengan memanipulasi jumlah paparan positif dan negatif pada setiap akaun.

Leave a Reply

Lelaki Ini Berhenti Kerja Dan Menjual Kesemua Hartanya Semata-mata Mahu Pergi Bercuti Bersama Dengan Kucing Peliharaannya

23 Gambar Yang Memaparkan Kesan Mengerikan Akibat Senjata Nuklear