in

Lihat Apa Yang Terjadi Sekiranya Jambatan Kaca Setinggi 3,800 Kaki Di China Ini ‘Retak’ Secara Tiba-tiba

Jambatan kaca tergantung yang terletak di pergunungan Taihang Timur, Bandar Haidan di utara wilayah Hebei amat popular. Ia tergantung 1,180 meter atas paras laut dan panjangnya 266 meter.

Pengalaman berjalan di atas laluan tersebut sudah cukup menyeramkan. Membayangkan kaca tersebut meretak semasa berjalan di atasnya membuatnya lebih menakutkan.

Teknik pemasaran ini mungkin yang terkejam yang pernah wujud. Mereka menambah sifat istimewa yang membuat kacanya retak, dengan bunyinya sekali.

Baru-baru ini, reaksi seorang pemandu pelancong semasa melalui laluan kaca ‘retak’ ini telah berjaya dirakamkan. Video tersebut telah pun menjadi tular di media sosial. Pihak pentadbiran Taihang Timur meminta maaf di saluran WeChat mereka.

Mereka jelaskan perbuatan menambah sifat kaca retak tersebut adalah kerana mereka ingin menjadi proaktif. Pereka laluan kaca mereka meletakkan serpihan kaca di dalam lapisan jambatan supaya ia akan kelihatan seperti kacanya sedang retak. Rakaman bunyi retakan juga akan dimainkan.

Meskipun telah meminta maaf, pihak pengurusan tidak berniat untuk membuang ciri-ciri istimewa baru tersebut. Mereka memastikan jambatan tersebut diperiksa setiap hari untuk memastikan semua pengunjung laluan kaca selamat semasa melintasi jambatan tersebut.

Mereka juga turut memberitahu yang pemandu pelancong tersebut tahu bahawa retakan tersebut tidak betul-betul berlaku.

Leave a Reply

Isteri Yang Nazak Ini Korbankan Hayat-hayat Terakhirnya Mencari Isteri Baru Untuk Suaminya

10 Pembedahan Plastik Selebriti Hollywood Yang Gagal