in

Bayi Yang Dilahirkan Dengan Hanya 5% Peluang Untuk Hidup Sambut Hari Jadinya Yang Pertama

Selepas dilahirkan, doktor memberitahu ibu bapa Liam Stephenson, yang bayi kecil itu memiliki hanya lima peratus sahaja kadar peluang untuk hidup disebabkan oleh jangkitan bakteria meningitis.

Liam telah ditahan di dalam NICU selama sebulan dan pada waktu yang sama, otaknya juga mengalami pendarahan.

Keluarganya enggan beputus asa. Ibu saudaranya, Jana Blankenship meminta bantuan orang ramai supaya mendoakan anak saudaranya itu semasa beliau telah ditemubual oleh saluran  televisyen tempatan, Fox 5 Atlanta.

Setelah sebulan ditahan di Hospital Erlanger, Liam akhirnya dibenar pulang ke rumahnya. Akan tetapi Liam terpaksa berulang alik ke hospital sebanyak lebih daripada sepuluh kali, setelah mengalami serangan akibat penyakit yang dihidapinya itu.

Bulan berganti bulan, selepas genabnya satu tahun, Liam dapat menyambut harijadinya pertama, dalam keaadaan kesihatannya yang lebih baik daripada hari-hari terawal selepas dia dilahirkan.

Ibu saudaranya memberitahu bahawa pendengaran anak saudaraya menjadi semakin baik, dan mula belajar bercakap, dan bakal berjalan tidak lama lagi.

Pemeriksaan doktor mendapati, otak Liam tersebut tidak lagi mengalami pendarahan, dan serangan penyakitnya juga telahpun berhenti.

Kagum dengan perkembangan positif anak saudaranya itu, Jana mempercayai ia merupakan berkat daripada doa-doa orang ramai yang tidak berhenti-henti mendoakan kesihatan Liam.

Leave a Reply

Malas Nak Cari Mangkuk Jamban, Ibu Pemalas Ini Suruh Anaknya Kencing Dalam Mangkuk Makanan Sahaja

Penduduk Kampung di China Jumpa Tulang Rangka Naga Sepanjang 60 Kaki