in

Hanya Mahu Bakar Sarang Labah-labah, Habis Rumah Lelaki Ini Dijilat Api

Bagi mereka yang memiliki masalah fobia dengan labah-labah, pengalaman melihat kelibat serangga berkali lapan itu bukanlah merupakan sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

Begitulah pengalaman seorang lelaki apabila menjumpa sarang labah-labah setelah memeriksa bahagian bawah rumahnya baru-baru ini.

Bagi menghapuskan labah-labah tersebut, lelaki itu kemudiannya telah membuat sebuah keputusan yang bakal dikesalinya buat selama-lamanya. ‘Bersenjatakan’ tong propana kecil, beliau bernekad untuk membakar sarang labah-labah tersebut.

Pada mulanya, beliau merasakan bahawa rancangan beliau itu sangat sempurna tanpa sebarang cacat-cela namun sebaik saja sarang labah-labah itu hangus dijilat api, bahagian bawah rumahnya turut terbakar juga.

Laporan mengatakan lelaki tersebut dilihat mengangkat seorang wanita warga emas keluar daripada rumahnya. Wanita tersebut mengalami cedera ringan. Mujurlah, wanita tersebut dirawat paramedik dengan segera.

Seramai 23 ahli bomba dari Balai Bomba Tucson tiba di tempat kejadian dan berjaya memadamkan api selepas 11 minit. Persatuan Palang Merah kini membantu lelaki dan wanita ini untuk mendapatkan tempat tinggal sementara setelah rumah mereka hangus di dalam kebakaran itu.

Leave a Reply

Penduduk Kampung di China Jumpa Tulang Rangka Naga Sepanjang 60 Kaki

Kayu Pemegang Kad Touch ‘N’ Go Ini Jadi Aksesori Wajib Untuk Dimiliki Pemandu Wanita Di Malaysia