in

Malas Nak Cari Mangkuk Jamban, Ibu Pemalas Ini Suruh Anaknya Kencing Dalam Mangkuk Makanan Sahaja

Gara-gara malas mahu membawa anak lelakinya ke tandas untuk membuang air, seorang wanita telah teruk dikecam netizen.

Bukan setakat dikecam di China saja, malah wanita ‘malang’ ini turut mendapat kecaman netizen daripada pelbagai negara setelah beliau telah menyuruh anaknya membuang air kecil di dalam sebuah mangkuk makanan sewaktu sedang menikmati makan malam di sebuah restoran.

Insiden yang disaksikan oleh seorang pelanggan lain yang kebetulan berada berdekatan dengan meja wanita tersebut kemudiannya telah dirakamkan dan kemudiannya dimuatnaik ke dalam laman sosial China, Weibo sebelum menjadi tular beberapa jam kemudian.

Seorang pekerja restoran tersebut mengesahkan kejadian dan berkata ini merupakan kali pertama ia berlaku dalam tempoh 10 tahun beliau bekerja.

Pekerja itu menyifatkan tindakan wanita itu sebagai ‘bodoh dan tidak masuk akal’ kerana setiap tingkat restoran berkenaan dilengkapi tandas.

Tambahnya, pelanggan disarankan agar tidak bimbang kerana kesemua mangkuk dan alatan terlibat sudah dibuang.

 

Leave a Reply

Polis Dubai Bakal Guna Hoverbike Untuk Tangkap Penjenayah

Bayi Yang Dilahirkan Dengan Hanya 5% Peluang Untuk Hidup Sambut Hari Jadinya Yang Pertama