in ,

Penduduk Kampung di China Jumpa Tulang Rangka Naga Sepanjang 60 Kaki

Sebuah rangka binatang yang luar biasa panjangnya telah dijumpai oleh penduduk-penduk di sebuah kampung di China. Rangka yang panjangnya 60 kaki itu telah dijumpai di Zhangjiakou di utara Wilayah Hebei.

Terdapat segelintir penduduk yang mempercayai lagenda dan mitos yang mengatakan rangka tersebut merupakan bukti bahawa makhluk mistik yang dikenali sebagai naga benar-benar wujud suatu ketika dahulu.

Tulang belakangnya yang panjang dan selalin mempunyai dua tulang tangan yang lengkap dengan kukunya juga, melambangkan naga tradisi masyarkat di China.

Kepalanya juga mempunyai tanduk, dan kelihatan seperti lembu tempatan

Rakaman menunjukkan penduduk berkumpul sekeliling sisa makhluk mitos tersebut

Terdapat juga orang yang ‘menaiki’ makhluk tersebut dan mengambil gambar

Netizen berpendapat bahawa tidak kesemua yang hadir pada hari itu percaya bahawa rangka tersebut benar-benar milik seekor naga kerana mereka tidak menghormati rangka tersebut malah membuatnya seperti tarikan karnival sahaja.

Tulang-tulang tersebut kelihatan seperti tulang lembu dan kambing biri-biri. Lebih aneh lagi, tulangnya disusun dengan cantik dan rapi.

Setakat ini , belum ada lagi pakar mana-mana yang menampilkan diri untuk memberikan pendapat mereka mengenai penemuan ini.

Leave a Reply

Bayi Yang Dilahirkan Dengan Hanya 5% Peluang Untuk Hidup Sambut Hari Jadinya Yang Pertama

Hanya Mahu Bakar Sarang Labah-labah, Habis Rumah Lelaki Ini Dijilat Api