in

Polis Dubai Bakal Guna Hoverbike Untuk Tangkap Penjenayah

Di saat anggota-anggota polis lain di serata dunia sedang bergelut dengan kerajaan mereka untuk meminta bajet bagi membeli motosikal baru menggantikan motosikal yang sedia ada, pasukan polis di Dubai sedang jauh lebih maju ke hadapan.

Pada Minggu Teknologi Gitex yang ke-37 yang lalu, kerajaan Dubai telah mengumumkan akan menggunakan sejenis motosikal terapung tanpa tayar yang dikenali sebagai hoverbikes untuk pasukan polis di wilayah tersebut.

Pihak polis turut mengatakan dengan jumlah kenderaan yang semakin bertambah dan juga keadaan jalan raya yang sesak di sekitar Dubai, adalah amat sukar untuk anggota-anggota bermotosikal mereka meronda di sekitar bandar itu dengan mudah.

Memiliki ciri-ciri seperti sebuah motosikal seperti di dalam filem Star Wars, hoverbikes yang dikuasakan dengan bateri ini mampu terbang setinggi lima meter di udara dengan kelajuan maksima selaju 70 km/j.

Ini bukanlah jentera terbang yang pertama digunakan oleh agensi kerajaan di Dubai di mana  sebelum pasukan bomba di wilayah itu sudah pun menggunakan jet-pack yang menggunakan tekanan air bagi memadam kebakaran di sana.

Leave a Reply

Gambar Cantik Kalah DSLR Dengan Hanya Guna Bekas Makanan McDonald’s Dan iPhone

Malas Nak Cari Mangkuk Jamban, Ibu Pemalas Ini Suruh Anaknya Kencing Dalam Mangkuk Makanan Sahaja