in

Sudah Miliki 4 Orang Anak, Adakah CR7 Bakal Berhenti Jadi Playboy?

Bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo (CR7) tengah berbahagia ketika ini apabila kekasihnya, Georgina Rodriguez telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan minggu lepas.

Bagi menunjukkan perasaan gembiranya, bintang berusia 32 tahun itu telah memuatnaik sekeping gambar saat dia dan anak lelakinya, Christiano Ronaldo Jr mendampingi Georgina yang kelihatan masih penat selepas bersalin.

“Alana Martina telah selamat dilahirkan. Kedua-dua Geo dan Alana sihat belaka. Kami sangat bahagia,” tulis Ronaldo di Instagramnya.

Setelah kelahiran Alana, bintang yang berasal daripada Portugal ini dengan secara rasminya memiliki empat orang anak termasuk Ronaldo Jr dan pasangan kembar Eva dan Mateo yang mana identiti ibu kepada ketiga-tiga anaknya sebelum ini masih dirahsiakan oleh bintang itu.

Sebelum kelahiran anak hasil hubungannya dengan kekasih terbarunya, Georgina, bekas pemain Machester United itu pernah memberitahu bahawa pengalaman bergelar seorang ayah adalah unik dan menarik.

Kenyataan Ronaldo itu kelihatan seperti seolah-olah dia akan akan berubah menjadi seorang lelaki yang setia dengan kekasih barunya itu.

Kehidupan Ronaldo di luar padang memang dipenuhi dengan gosip dan kontroversi akibat tabiatnya yang gemar bertukar-tukar pasangan.

Percintaan terahkirnya bersama supermodel Irina Shayk sebelum menjalinkan perhubungan dengan Georgina telah terkandas kerana kecurangan bintang bola sepak itu terhadap pasangannya.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

19 Bintang Bola Sepak Dengan Anak Mereka. Macam Ni Baru Hot Papa

18 Situasi Yang Bakal Membuatkan Kita ‘Rimas’ Serta-merta