in

8 Gambar Kesedihan Pemain Pasukan Itali Setelah Gagal Ke Piala Dunia 2018

Stadium San Siro di bandar Milan menjadi saksi kepada kegagalan pasukan kebangsaan Itali untuk ke Piala Dunia 2018.

Hasrat Gli Azzuri untuk bermain di Piala Dunia telah terkubur setelah pasukannya itu kalah agregat 0-1 dengan pasukan Sweden. Bagi Itali, ini merupakan kegagalan pertama memasuki ke pusingan akhir Piala Dunia sejak 1958 atau hampir 60 tahun yang lalu.

Ketika perlawanan, pasukan Gian Piero Ventura sebenarnya bermain dengan mantap pada minit yang pertama di mana di sepanjang permainan, pasukan Itali dilihat terus mengasak benteng pertahanan Sweden.

Dalam perlawanan play-off pertama, Itali tewas  di tangan Sweden. Misi mereka adalah untuk mengatasi defisit tersebut di San Siro.

Dalam perlawanan itu, Skuad Azzurri, yang diketuai Gian Piero Ventura ternyata tumpul apabila tidak dapat menyumbat sebarang gol selama 180 minit perlawanan.

Susulan itu, Kapten Itali Gianluigi Buffon turut mengumumkan persaraannya selepas kekalahan tersebut.

Pusingan akhir Piala Dunia akan diadakan di Rusia tahun depan.

#1  Pasukan Gli Azzurri terus tertunduk kekecewaan saat wisel penamat ditiupkan.

#2 Penyerang Itali, Andrea Belotti tidak dapat menahan kesedihannya setelah pasukannya itu gagal bermain di Rusia pada tahun hadapan.

#3 Gianluigi Buffon dan Leonardo Bonucci saling berpelukan.

#4 Alessandro Florenzi masih belum dapat menerima kenyataan.

#5 Pemain pasukan Sweden cuba untuk menenangkan Stephan El Shaarawy yang sedang kesedihan.

#6 Kapten pasukan Itali, Gianluigi Buffon yang sedang kesedihan

#7 Pemain pasukan Itali keluar dari padang dengan perasaan yang kecewa

#8 Gianluigi Buffon yang sedang menutupi mukanya ketika ditemubual oleh wartawan sambil berkata, “Maafkan saya, kami mohon maaf.” berulang-ulang kali.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lelaki Ini Tunggang Motosikal Sejauh 120km Bawa Teddy Bear Gergasi Demi Tepati Janjinya Kepada Bekas Teman Wanita

Begini Rupa Pelakon Wanita Filem Dewasa Setelah Pencen