in

Lelaki Ini Tunggang Motosikal Sejauh 120km Bawa Teddy Bear Gergasi Demi Tepati Janjinya Kepada Bekas Teman Wanita

Bukannya janji tinggal janji. Seorang lelaki di Bali telah menunjukkan betapa seriusnya beliau bila berjanji.

Demi mahu tepati janjinya kepada bekas teman wanitanya yang dibuat sewaktu mereka masih bersama, lelaki ini sanggup membawa anak patung besar menaiki motosikalnya dalam perjalanan sejauh 120km.

Pengembaraan lelaki itu telah dirakamkan oleh seorang Made Sumabawa yang kebetulan sedang melalui jalan yang serupa.

Made yang melihat lelaki tersebut terus mengekorinya daripada belakang sebelum berhenti di lampu dan mengambil kesempatan untuk berbual dengan lelaki tersebut:

Kebetulan saya tinggal di Kuta dan mahu menuju ke Karang Asem ke rumah kawan saya.

Sewaktu di dalam perjalanan, saya melihat seorang lelaki yang gigih membawa anak patung dan banyak barang yang lain di atas motosikalnya.

Saya menuju ke arah yang sama dengan lelaki itu. Saya sempat bertanya sewaktu menunggu lampu merah di Benoa Square.

Saya : Bang, dari mana dan mahu ke mana? 

Lelaki :  Saya dari Nusa Dua, mahu ke Karang Asem, Kubu Juntal bang.

Saya : Jauh betul tu bang. Untuk awek ke?

Lelaki : Tidak bang, saya beli untuk bekas awek saya.

Berasa terkejut dan keliru dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut, saya kembali bertanya.

Saya : Kenapa sudah jadi bekas awek tapi abang masih sanggup berjalan sejaih macam ini? 

Lelaki : Saya sudah berjanji bang nak bagi semua benda ini. Saya janji masa kami masih couple aritu.

Saya berasa sangat kagum dengan sikap lelaki tersebut yang sanggup untuk berjalan sejauh itu di dalam keadaan hujan gerimis, semata-mata mahu menunaikan janji yang telah dibuat kepada teman wanitanya suatu ketika dahulu.

Lelaki tersebut boleh menjadi contoh lelaki yang betul-betul menyayangi tetapi jodoh telah memisahkan mereka.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

12 Gambar Ini Tunjuk Betapa Berdisplinnya Budaya Orang Jepun

8 Gambar Kesedihan Pemain Pasukan Itali Setelah Gagal Ke Piala Dunia 2018