in

Pelakon Wanita Korea Nekad Daki Gunung Ketika Hamil 9 Bulan

Bagi wanita normal pada usia bayi dalam kandungan, kebiasaannya mereka akan mengurangkan aktiviti luar dan berisiko kepada diri dan bayi. Kecenderungan mereka adalah lebih kepada mempraktikkan senaman ringan bagi penjgaan kesihatan diri.

Namun sebaliknya bagi artis wanita Korea yang cantik ini iaitu dengan memilih cara yang berbeza.

Pelakon drama ‘Boys Over Flowers’ mempunyai keinginan untuk mendaki gunung semasa mengandung dan nekad akan pendiriannya. Artis bernama Lee Si Young gigih dalam membawa dirinya yang agak sarat ke puncak gunung di kawasan Incheon.

Malah, kandungan semasa Lee Si Young telah memasuki umur hampir 9 bulan. Dalam akaun Instagram peribadinya Lee Si Young dilihat mengambil gambar di puncak gunung tersebut.

Gambar tersebut memperlihatkan dirinya memakai jaket tebal berwarna hitam. Meskipun dengan usia kandungan yang boleh dikatakan boleh untuk melahirkan, Lee Young Nampak teruja da bersemangat di puncak gunung tersebut.

Beliau juga menceritakan keadaan kering dan beku di puncak kerana beliau mendaki pada saat hampirnya musim sejuk. Selain itu bekalan bebola nasi yang dibawanya juga rosak akibat keadaan pendakian yang agak mencabar.

Menurutnya juga keadaan gunung walaupun tiada daun atau pokok-pokok sepanjang pendakiannya namun permandangan tersebut sangat cantik malah membuatkan beliau merasa lebih sihat dan bertenaga.

Lee Si Young berkahwin dengan usahawan makanan yang berjaya pada 30 September 2017 sewaktu kehamilannya telah memasuki 6 bulan. Sebelum ini, beliau gemar kepada sukan lasak dan suka melakukan sukan tinju serta pernah menyertai larian maraton sejauh 21km. Pada masa ini, usia mengandung Lee Si Young telah memasuki 9 bulan dan dijangka melahirkan pada Januari 2018.

Kisah Lee Si Young ini menggambarkan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya mempunyai semangat dan keazaman yang kuat. Jadi bagi wanita di Malaysia. Adakah anda mampu??

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Akibat Curang Dengan Suami Orang, Wanita Ini Dibogelkan Sebelum Diarak Di Tempat Awam

9 Cara Mahu Bezakan Perfume Palsu Dengan Original