in

Cute LOL Love OMG Win WTF

Digelar Rapunzel Hidup, Model Rusia Yang Berambut Panjang Ini Bakal Botak Sepenuhnya Sekiranya Dia Tidak…

Pepatah ada menyebut bahawa rambut adalah mahkota wanita. Maka tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup berbelanja ratusan ringgit semata-mata mahu menjaga rambut mereka supaya sihat dan bergaya.

Seorang wanita dari Russia yang dikenali sebagai Anastasiya Sidorova ini cukup terkenal di interent kerana memiliki rambut yang cantik dan sihat.

Anastasiya yang merupakan seorang model untuk syarikat syampu terkemuka, Pantene mula menjadi perhatian orang ramai setelah wajahnya muncul di dalam majalah terkenal di Rusia untuk iklan syampu itu.

Ramai yang mengagumi rambut Anastasiya yang cantik dan terjaga rapi meskipun rambutnya panjang berjurai.

Walau bagaimana, kegembiraan gadis berambut merah itu tidak kekal lama setelah beliau telah didiagnoskan menghidapi penyakit alopecia ketika berusia 18 tahun yang mengakibatkan beliau mengalami keguguran rambut yang teruk.

Alopecia merupakan sejenis penyakit keguguran rambut yang kronik dan bukannya keturunan yang sering dialami oleh ramai wanita. Sekiranya tidak dirawat dengan secara, wanita yang menghidapi penyakit ini boleh mengalami kebotakan yang kekal pada bahagian kepala.

Runsing dengan penyakit yang dihadapinya, Anastasiya kemudiannya telah berjumpa dengan beberapa orang pakar rambut, trichologist, bagi mengubati penyakit yang dihidapinya itu.

Kini, Anastasiya sudah berumur 23 tahun dan rambutnya sudah kembali sihat dan panjang berjurai. Beliau yang berjaya survive daripada penyakit yang dihidapinya dulu kini giat berkongsi tentang tips-tips dan cara penjagaan rambut yang betul supaya lebih ramai wanita yang dapat menjaga mahkota mereka dengan lebih baik.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Begini Cara Tentera Di Korea Utara Dilatih Bagi Menjadi Pasukan #1 Di Dunia

5 Sebab Mengapa Lelaki Yang Memiliki Isteri Yang Chubby Lebih Bahagia