in

Cute LOL Love OMG Win WTF

4 Kisah Pengusiran Hantu Yang Berakhir Dengan Kematian. Meremang Bulu Roma

Kisah-kisah ghaib seringkali menjadi perhatian ramai. Ramai orang yang diganggu syaitan atau makhluk halus ingin segera kembali hidup seperti biasa. Namun begitu ada terdapat juga beberapa kes orang yang diganggu oleh syaitan berakhir dengan kematian.

#1. Annaliese Michel

Annaliese Michel, wanita kelahiran Bavaria, Jerman didapati menghidapi penyakit epilepsi atau lebih dikenali penyakit kekejangan ketika berusia 16 tahun. Dia juga disangka mengalami tekanan jiwa sehingga ditempatkan di rumah sakit jiwa.

Apabila Michel memasuki usia 20-an kehidupan Michel bertambah teruk, Michel sering mendengar suara-suara makhluk halus di sekelilingnya dan dia juga alergi terhadap perkara yang berkaitan dengan agama. Michel juga berniat untuk membunuh diri, malah Michel juga dirasuk hantu, oleh itu keluarganya memanggil paderi untuk menghalau makhluk halus tersebut.

Michel telah menjalani sebanyak 67 sesi pengusiran hantu. Michel juga akan menjalani pengusiran hantu sebanyak satu atau dua kali setiap minggu yang mengambil masa selama 4jam, yang dilakukan selama sepuluh bulan pada 1975 hingga 1976.

Sehari setelah menjalani pengusiran hantu Michel telah meninggal dunia 30 Jun 1976. Kematian Michel adalah disebabkan malnutrisi dan hidrasi kerana beliau sentiasa berpuasa ketika pengusiran hantu sedang dilakukan. Kedua-dua ibu bapa Michel dan dua orang paderi dihukum penjara selama 6 bulan atas tuduhan cubaan membunuh Michel.

#2. Terrance Cottrell

Terrance Cottrell, kanak-kanak yang berasal daripada Amerika Syarikat ini telah disahkan menghidapi penyakit austime ketika beliau berusia 2 tahun. Apabila beliau semakin membesar, Terrance juga sukar untuk dikawal, sering membuat kekecohan di sekolah dan juga sukar untuk duduk di tempatnya.

Ibu Terrance Cotrell iaitu Patricia Cooper telah mengikuti nasihat kawannya yang menasihatinya supaya melakukan pengusiran hantu pada badan Terrance. Ketika ritual ini dilakukan Terrance diminta untuk berbaring di atas tanah lalu pendeta Ray Hemphill memegang kepala Terrance dan lututnya ditekan di dada.

Setelah dua jam aktiviti ritual ini dilakukan Terrance didapati tidak lagi bermaya dan mukanya telah bertukar menjadi biru. Terrance meninggal dunia pada bulan ogos 2003, ketika berusia 8 tahun. Hemphill kemudiannya dihukum penjara atas cubaan membunuh.

#3. Jacqueline Sanchez

Jacqueline Sanchez, wanita yang berasal daripada Belize Central Amerika mengalami penyakit kekejangan dan histeria. Penyakit yang dialami oleh Jacqueline membuatkan ibu bapa Jacqueline percaya bahawa terdapat roh jahat di dalam badannya.

Jacqueline telah dibawa ke gereja Pentecostal untuk aktiviti ritual pengusiran hantu, tetapi dia akhirnya mati.  Punca kematian Jacqueline Sanchez adalah disebabkan oleh kegagalan jantung dan lebam di badannya, tetapi kematian Jacqueline dipercayai berpunca daripada gangguan roh jahat.

Ramai saksi ritual di gereja berkenaan mengatakan bahawa apabila ritual sedang dilakukan tubuh Jacqueline ditarik ke udara dan kemudian dilemparkan ke tanah dan kemudiannya meninggal di tempat kejadian.

#4. Joan Vollmer

Pada tahun 1993, Ralph Volmer melihat kepelikkan pada isterinya. Joan vollmer sering dilihat menari-menari di luar rumah dan mengeluarkan kata-kata kotor, melambai-lambai tangan dan kadang kala meniru pergerakan binatang iaitu anjing dan babi.

Ralph mempercayai bahawa isterinya dikuasai oleh syaitan dan meminta pertolongan daripada pakar pengusiran syaitan. Isteri Joan diikat di kerusi dan kemudiannya dicekik hingga mati. Ralph beranggapan bahawa roh jahat tersebut telah meninggalkan badan isterinya.

Mereka beranggapan bahawa Joan akan bangun kembali seperti biasa dan meninggalkannya selama 2 hari. Namun begitu, Joan akhirnnya mati dan jasadnya membusuk. Ralph Vollmer, dan rakan-rakannya kemudiannya ditangkap atas pertuduhan membunuh Joan.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

9 Perkara Tersembunyi Di Sebalik Barang-barang Yang Kita Gunakan Setiap Hari

11 Pekerjaan Yang Paling Menempah Maut Di Dunia