in

Terlampau Rindukan Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia, Kucing Ini Hampir Mati Kelaparan Menunggu Di Kuburan

Perhubungan yang rapat di antara haiwan peliharan dengan tuan mereka memang merupakan suatu perkara yang luar biasa.

Meskipun tidak memiliki akal seperti manusia, perasaan kasih sayang yang dimiliki oleh haiwan-haiwan ini terhadap manusia memang tiada setara, terutamanya jika manusia itu membelanya sejak kecil dengan kasih sayang sehinggalah ke akhir hayat mereka.

Begitulah perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seekor kucing yang berasal daripada Indonesia ini setelah kematian tuannya baru-baru ini.

Kucing itu telah ditemui dalam keadaan terbaring sekujur tubuh kucing berwarna putih yang kelihatan nazak dan mungkin tidak bernyawa setelah menanti di tepi kubur tuannya berhari-hari lamanya sejak tuannya itu disemadikan di tanah perkuburan itu.

Menurut penjaga kubur di situ, kucing itu tidak berganjak daripada kubur tuannya itu walaupun hujan lebat.

Ketika ditemui, lelaki itu menyangkakan kucing itu telah pun mati kerana melihat keadaan kucing itu yang basah kuyup dan tidak terurus.

Akan tetapi apabila dia mencuba untuk mengalihkannya, kucing yang berada di dalam kedaaan yang lemah itu terus bertukar menjadi agresif seseolah dia tidak mahu dialihkan daripada kedudukannya itu dan mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sisi kubur tuannya itu.

Tambah penjaga kubur itu lagi, kucing itu sering berada di situ sejak dari kecil lagi. Namun beliau tidak dapat memastikan hubungan di antara pemilik kubur tersebut dengan kucing itu.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Trick Yang Terbukti Berkesan Untuk Jimatkan Duit Semasa Melancong

7 Badut Paling Seram Dan Menakutkan Di Dalam Filem