in

LOL

Stress Menjadi Manusia, Lelaki Ini Bertukar Menjadi Seekor Anjing

Kita semua mempunyai hobi yang tersendiri sama ada hobi yang biasa ataupun pelik. Namun begitu hobi yang dimiliki oleh seorang lelaki ini mungkin agak pelik bagi ramai orang. Ramai yang berpendapat bahawa hobi lelaki ini agak luar biasa dan tidak masuk akal.

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan lelaki yang suka memakai kostum anjing dalam kehidupan sehariannya.

Tom Peters yang berusia 32 tahun mempunyai hobi yang sangat pelik iaitu suka memakai kostum anjing dalam kehidupan sehariannya. Tom juga telah hadir dalam rancangan TV di Britain. Semasa dalam wawancara di TV tersebut Tom yang lengkap memakai kostum anjingnya itu berkata bahawa ianya merupakan sebuah pengalaman yang sangat istimewa untuk beliau berpakaian seperti seekor anjing di dalam kehidupan sehariannya.

Dia mendakwa bahawa kostum anjingnya itu dapat membantunya menjadi lebih seorang yang komited di dalam kehidupan sehariannya.

Tom yang sangat menyayangi anjing itu turut memberitahu selain berpakaian seperti seekor anjing, beliau juga turut tidur di dalam sangkar, berjalan seperti anjing dan juga memakan makanan anjing.

Namun begitu pekerjaanya jauh dari realiti kehidupannya sebagai anjing kerana dia bekerja sebagai juruteknik pencahayaan di sebuah teater.

 

Tom muncul di wawancara itu supaya beliau dapat memberitahu orang ramai tentang gaya hidupnya yang agak unik dan supaya dia dapat menangani beberapa salahfaham yang mungkin ada pada mereka yang menganggap kehidupannya sebagai krisis identiti.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Jepun Buka Restoran Jual Daging Manusia Di Tokyo

5 Permainan Hebat Yang Hanya Menggunakan Pen Dan Kertas Pada Zaman 90-an