in

Love

Wanita Ubah Sebuah Bas Dua Tingkat Menjadi Kediaman Kepada Gelandangan

Dua orang wanita yang berasal daripada UK telah mengubahsuai sebuah bas dua tingkat menjadi sebuah kediaman untuk gelandangan di sana. Penduduk Portsmouth, Sammy Barcroft dan Joanne Vines, pemimpin kumpulan kebajikan The Rucksack Project, memutuskan untuk menyertai trend terkini yang mengubahusai kenderaan terpakai kepada tempat perlindungan rumah yang mudah alih.

Projek ini mengambil masa lapan bulan dengan menelan kos sebanyak USD8000.  Setelah kerja-kerja pengubahsuaian itu selesai, bas itu kemudiannya telah dilengkapi dengan 12 katil bertingkat, sebuah lounge dan dapur kecil berfungsi sepenuhnya.

Jom kita lihat perubahan yang dilakukan oleh mereka daripada bas menjadi rumah yang amat selesa.

Permulaan proses pengubahsuaian pada bas.

Kesemua tempat duduk di dalam bas ini kemudiannya telah dicabut bagi memberikan ruang kepada kerja-kerja pengubahsuaian.

Tempat-tempat duduk itu kemudiannya telah digantikan dengan katil-katil yang selesa.

Ruangan dapur yang berfungsi sepenuhnya seperti sebuah kediaman yang lain.

Tilam-tilam empuk yang menanti ketibaan penghuni-penghuni baru.

Ruangan lounge yang selesa di dalam bas.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

21 Gambar Ini Jadi Bukti Dunia Sentiasa Penuh Dengan Perkara-perkara Yang Mengejutkan

5 Negara Yang Memiliki Tentera Paling Berdisiplin Di Dunia