in

Cute LOL OMG WTF

Budak Berusia 10 Tahun Ini Hadiahkan iPhone X Kepada Kekasihnya

Generasi muda zaman sekarang ini tidak segan silu untuk bercinta. Berbeza betul dengan zaman datuk nenek kita dulu, nak bercinta pun kena senyap-senyap. Ataupun lebih baik, bercinta terus selepas nikah.

Tapi lain pula kisah seorang budak lelaki ini. Dia dilaporkan telah meluangkan masa bersama kekasih hatinya yang juga seorang model cantik di sebuah pusat membeli belah dan kelihatan seolah-olah sangat mesra antara satu sama lain.

Budak lelaki yang dikenali sebagai Nantapong Kidwapattana ini turut memuat naik beberapa keping gambar mesra mereka di Facebook. Lebih mengejutkan walaupun baru berusia 10 tahun, dia telah mampu membeli dan menghadiahkan sebuah Iphone X untuk kekasihnya itu semasa Hari Krismas yang lepas.

“Hari ini saya bawa kekasih untuk menonton wayang. Disebabkan dia seorang gadis yang comel, saya telah belikan dia sebuah Iphone X yang berharga 47,000 baht (RM 5,800) sebagai hadiah.” Katanya.

“Telefon ini adalah hadiah sempena cinta kita. Selamat Hari Krismas.” tambahnya lagi.

Kekasih yang lebih berusia dari Nantapong dikenali sebagai Rky Thitiworada itu dikatakan seorang model dan DJ terkenal di Thailand dan mempunyai lebih 237,000 pengikut di Instagram.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lihat Reaksi Lelaki Ini Selepas Menangkap Kekasihnya Yang ‘Curang’ Dengan Lelaki Lain Di Dalam Kereta

7 Jenis Zina Anggota Tubuh Selain Dari Kemaluan