in

Cute LOL Love OMG Win WTF

Kerana Terlampau Cantik, Tulisan Tangan Profesor Ini Buat Pelajarnya Teruja

Ramai para lelaki tidak ambil peduli mengenai tulisan tangan mereka. Ini kerana sikap mereka yang tergesa-gesa menulis secepat mungkin membuatkan hasilnya pun agak tidak teratur. Lain pula bagi para perempuan, mungkin mereka mempunyai sikap yang agak sabar dan tersusun maka tidak mustahil tulisan tangan mereka sangat rapi dan menarik.

Namun begitu, seorang profesor lelaki mengubah stereotaip tersebut selepas beberapa keping gambar hasil tulisan tangan beliau di papan putih menjadi tular di laman sosial. Seperti anda lihat didalam gambar, penulisan dan lukisan profesor di sebuah kolej ini dilakukan dengan teratur dan terperinci.

Mungkin bagi sesetengah orang untuk menulis di papan putih dengan tulisan yang sempurna bukanlah mudah, namun beliau menjadikan kelihatan seperti sangat luar biasa.

Seorang pengguna Facebook Caleb Banares berkata, profesor yang tidak dinyatakan namanya itu mengajar di Institut Teknologi Far Eastern University (FEU) wdi Manila, Filipina. Sehingga artikel ini ditulis, status itu telah mendapat lebih dari 20 ribu perkongsian dan 30 ribu likes di media sosial.

Mesti semua para pelajar seronok dan semangat nak belajar kalau semua tulisan di papan putih cantik macam ini kan?

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Demi Cinta Sejatinya, Wanita Kanada Sanggup Mengembara Jauh Bagi Bertemu Dengan Kekasihnya Di Filipina

Meskipun Tidak Kaya, Wanita Cantik Dari Russia Ini Tetap Kahwini Kekasihnya Yang Miskin Dari China