in

Cute Love OMG

Meskipun Tidak Kaya, Wanita Cantik Dari Russia Ini Tetap Kahwini Kekasihnya Yang Miskin Dari China

Kebanyakan wanita hari ini sepastinya mencari pasangan yang mempunyai kewangan yang stabil. Di dalam masyarakat Cina, perkahwinan ini seakan-akan transaksi kewangan apabila wanita akan cenderung mencari lelaki yang kaya.

Adalah tidak memeranjatkan apabila terdapat wanita yang dipanggil ‘kaki kikis’ apabila mengahwini lelaki kaya berbanding disebabkan cinta. Oleh sebab itu, menjadi jarang sangat untuk melihat wanita cantik mengahwini lelaki-lelaki biasa, terutama para lelaki yang mengalami masalah kewangan.

Namun demikian, seorang wanita Russia telah membuktikan bahawa wanita seperti beliau masih wujud di dunia.

Sophia, berumur 22 tahun yang berasal dari Bandar Heive yang telah melanjutkan pelajaran di China pada 5 tahun yang lain.

Selepas beberapa tahun menyambung pelajarannya di China, beliau telah jatuh cinta dengan budaya dan masyarakat di sana. Beliau turut mempelajari bahasa Mandarin dan mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah syarikat China selepas menamatkan pelajaran.

Pada tahun 2016, beliau telah berkenalan dengan Chen, 28, melalui rakannya. Chen mengumpulkan keberanian dan meminta akaun WeChat beliau. Sejak itu, mereka menjadi rapat dan akhirnya membawa kepada percintaan.

Chen ini tidak kaya. Malahan, beliau adalah seorang pelombong arang yang tidak mempunyai simpanan, kereta dan rumah. Tetapi Sophia sedar bahawa beliau telah menemui cinta hatinya. Sophia berkata seakan-akan cinta pandang pertama. Selepas seminggu bercinta, Sophia meminta cuti untuk melawat Chen di tempat kerjanya iaitu di Lombong Arang. Akhirnya Sophia mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi cintanya. Selama 2 bulan, beliau tinggal di sebuah rumah yang usang dengan tandas yang berada di luar.

Selepas bertahun bercinta, jejaka Cina itu melamar wanita tersebut dan beliau kata ‘Ya’

Kehidupan mereka sangat sukar, tetapi Sophia sangat gembira. Beliau berkata “Saya percaya cinta adalah suatu perkara yang penting. Kita perlu bekerja keras dan saya percaya suatu hari nanti, saya mampu membeli rumah dan kereta.”

Chen telah berhenti dari kerjanya di lombong arang. Pada April, pasangan itu telah mengambil keputusan untuk melawat rumah Sophia di Russia. Untuk masa depan mereka, mereka bercadang untuk membuka perniagaan di Russia dan berulang alik di antara Cina dan Russia selepas ini.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kerana Terlampau Cantik, Tulisan Tangan Profesor Ini Buat Pelajarnya Teruja

Guru Ini Tiada Pilihan Selain Memadam Hasil Seni Pelajarnya Yang Sangat Mengagumkan