in

Gara-gara Kehilangan iPadnya, Ibu Ini Tendang, Pukul Dan Campak Anaknya Ke Lantai

Memarahi anak-anak bukan cara untuk kita melepaskan geram, tetapi mereka dimarahi dengan niat untuk mendidik. Namun ada juga ibu yang sanggup mendera fizikal dan mental anak mereka gara-gara sesuatu perkara yang kecil.

Hanya kerana kehilangan sebuah komputer tabletnya, seorang ibu bertindak kejam dengan menganiaya anak perempuanya yang masih berusia 3 tahun. Selain memukul dan menendang, si ibu juga mengangkat dan menarik rambutnya.

Video penyeksaan itu dirakam oleh saksi yang tidak dinyatakan di rumah mereka dan menjadi viral di media sosial. Ibu yang berasal dari Banca, Argentina itu menjadi berang lalu memukul anaknya berulang kali ketika dia menuduh anaknya itu ‘menghilangkan’ komputer tablet milik dia.

Si anak mula menangis dan ketakutan ketika ibunya terus menyerang kasar dengan mengangkat dan menarik rambutnya dengan kejam. Dia juga menendang punggung anaknya tanpa sebarang belas kasihan.

Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak perempuan itu bersama dua adiknya telah dibawa ke rumah perlindungan namun tidak diketahui adakah si ibu telah didakwa ataupun ditangkap atas tindakan kejam tersebut.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kajian: Wanita Berpunggung Besar Lebih Panjang Usia

Pengguna BMW Diiktiraf Sebagai Pemandu Paling Biadap Di Atas Jalan Raya