in

Love

Kajian: Wanita Berpunggung Besar Lebih Panjang Usia

Apa juga bentuk tubuh yang anda miliki adalah sesuatu yang patut disyukuri, kerana semuanya baik sempurna. Namun menurut kajian ilmiah, bentuk tubuh tertentu mempunyai kelebihan tersendiri kerana kecenderungan lebih sihat berbanding yang lain.

Menurut Reader’s Digest, kajian mengatakan ukuran pinggul dan punggung yang besar bertindak untuk menghalang lemak menuju organ-organ dalaman seperti jantung dan paru-paru. Ia juga berpendapat bahawa bahagian organ tubuh tersebut lebih terlindung dari timbunan lemak.

Ukuran punggung yang besar juga memiliki risiko lebih kecil daripada terkena serangan jantung, stroke dan kencing manis.

Menurut Dr. Norbert Stefan, pakar diabetes di University of Tübingen, Jerman berkata mereka yang memiliki bentuk tubuh seperti buah pear cenderung mempunyai sel penyimpanan lemak yang lebih sihat berbanding tubuh mereka yang berbentuk buah epal.

“Lemak yang cenderung disimpan di punggung dan sekitarnya dan bukan di bahagian perut, tidak akan mengganggu organ dalaman,” ujar Dr. Stefan.

Lemak yang berada di pinggul, paha dan punggung memiliki fungsi berbeza dengan lemak yang ada di dalam perut iaitu lemak visceral dimana ia cenderung untuk mengeluarkan asid yang tidak baik untuk sistem peredaran darah kita.

Apa-apa pun, mempunyai punggung besar hanyalah bonus. Apa yang penting seseorang perlu menjaga pola makanan yang betul dan meluangkan masa untuk bersenam.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Lelaki Ini Cuba Spa Ikan Kali Pertama, Tetapi Semua Ikan Mati Saat Dia Mencelupkan Kakinya. Rupanya Ini Puncanya

Gara-gara Kehilangan iPadnya, Ibu Ini Tendang, Pukul Dan Campak Anaknya Ke Lantai