in

15 Soalan Panas Yang Sering Ditanya Oleh Penumpang Pada Juruterbang

Pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya apabila menaiki kapal terbang. Keadaan ini membuatkan juruterbang dan para pekerja penerbangan sering berkongsi maklumat tentang penerbangan dan apa risiko yang boleh berlaku. Mereka juga menerangkan bagaimana seronoknya menaiki kapal terbang.

Kami ingin berkongsi 16 soalan yang sering menjadi persoalan apabila berada di atas kapal terbang.

#1. Bagaimana seseorang masuk ke dalam kokpit sekiranya pintu berkunci dari dalam?

Terdapat kod khas yang disediakan untuk memasuki pintu kokpit. Ianya adalah penting untuk kes tertentu, sekiranya juruterbang hilang kawalan diri (lost consciousness) di mana pramugari/ pramugara dapat mengunakan kod khas tersebut untuk memasuki ke dalam kokpit.

Kapten juruterbang akan mendapatkan kod sebelum penerbangan dan memberi kepada krew yang lain. Apabila kod dimasukkan, pintu akan terbuka selama seminit. Sekiranya kapten juruterbang melihat di CCTV yang ianya bukan pramugara/pramugari di sebalik pintu, kapten juruterbang akan menutup pintu dan tiada siapa akan dapat memasuki ke dalam kokpit.

#2. Adakah juruterbang boleh memakai subang atau memiliki misai yang tebal.

Juruterbang tidak dibenarkan mempunyai janggut, misai, anting-anting dan apa-apa perhiasan di muka.  Hal ini bagi memastikan agar juruterbang dapat memakai topeng muka oksigen dengan baik. Topeng muka perlu dipakai ketat pada muka. Sebab itu juruterbang perlu sentiasa bersih. Hanya jambang-jambang halus dibenarkan. Sekiranya juruterbang tidak mematuhi arahan, ianya boleh membahayakan penumpang yang lain.

#3. Apa berlaku sekiranya enjin kapal terbang berhenti tiba-tiba?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adalah sangat jarang untuk melihat enjin kapal terbang ini gagal berfungsi. Walaupun berlaku, masih terdapat cara untuk menghidupkan semula enjin. Secara faktanya, pesawat masih boleh mendarat dengan lancar walaupun mengalami masalah enjin.

Kes yang paling terkenal ialah dengan Boeing 747 di Jawa pada tahun 1982. Kapal terbang itu telah memasuk awan debu dari gunung berapi yang meletus yang menyebabkan kesemua 4 enjin berhenti berfungsi. Namun demikian, para kru berjaya mendaratkan kapal terbang di lapangan terbang berdekatan, dan dari 263 penumpang, tiada yang cedera.

#4. Untuk berapa lama, topeng muka oksigen itu dapat berfungsi?

Sekiranya keadaan dalam kabin tertekan pada ketinggian yang tinggi, penumpang boleh mengalami hipoksia. Hipoksia ini berlaku apabila penumpang boleh tidak menyedarkan diri dan boleh mati tanpa topeng oksigen.

Topeng oksigen untuk penumpang boleh berfungsi selama 10-15 minit. Tempoh masa ini mengcukupi untuk juruterbang membawa kapal terbang ke ketinggian di mana penumpang boleh bernafas secara normal. Juruterbang mempunyai topeng oksigen mereka sendiri yang berfungsi untuk tempoh yang lebih lama.

Hal ini kerana mereka perlu mendarat pesawat tanpa hilang tumpuan. Keadaan ini menyebabkan juruterbang akan memeriksa topeng mereka agar memastikan boleh beroperasi dengan baik setiap kali penerbangan.

#5. Adakah juruterbang tidur di dalam kapal terbang?

Kira-kira 56% juruterbang akan tertidur semasa penerbangan (atau mungkin tidur-tidur ayam). Mujurlah, hari ini kapal terbang moden boleh berfungsi dalam keadaan mod automatik untuk hampir keseluruhan penerbangan.

Bagi penerbangan yang lebih lama, terdapat 2 kru atau 3 juruterbang yang menggantikan antara satu sama lain supaya semua juruterbang dapat berehat. Juruterbang ini boleh tidur dan berehat di sebuah bilik khas. Ianya penting bagi anak kapal untuk berhubung dengan pengawal lalu lintas sepanjang masa. Maka dengan itu, sekurang-kurangnya seorang juruterbang perlu mengawal penerbangan bagi memudahkan komunikasi dengan pengawal lalu lintas.

#6. Kenapa kapal terbang akan membuat pusingan sebelum mendarat?

Keadaan seperti ini adalah sangat normal. Kapal terbang boleh membuat bulatan sampai dua kali atas pelbagai sebab. Sebagai contoh, mungkin terdapat objek atau binatang yang sedang terbang, mungkin ada angin yang sangat kuat, atau lapangan terbang mungkin ditutup sementara untuk pendaratan.

Hal ini boleh membimbangkan penumpang apabila kedudukan kapal terbang boleh terbang tinggi pada suatu ketika. Tetapi sebenarnya, segala-galanya berada di bawah kawalan, dan ini adalah cara yang standard untuk membuat bulatan lain.

#7. Sekiranya bayi lahir di atas kapal terbang, kerakyatan mana yang dia akan dapat?

Terdapat beberapa pemilihan. Anak tersebut boleh mendapat kerakyatan:

  • Negara di mana kapal terbang itu didaftarkan;
  • Negara di mana bayi tersebut dilahirkan;
  • Negara di mana kapal terbang itu mendarat.

Di dalam pelbagai kes, pilihan pertama adalah paling popular tetapi keputusan adalah dibuat oleh pihak penerbangan. Sesetengah kapal terbang memberi bonus pada bayi tersebut; peluang untuk terbang ke mana-mana dalam dunia sepanjang hidup.

#8. Adakah kapal terbang boleh mendarat dalam mod automatik?

Dalam kapal terbang moden, terdapat sistem kawalan yang memandu pesawat dari ketinggian 1,000 kaki ketika sedang hampir mendarat di landasan. Semasa pendaratan, kapal terbang boleh memilih mod automatik untuk pendaratan, tetapi mod perlu diaktifkan oleh juruterbang.

Mod hendaklah dikawal sepanjang pendaratan dan diselaraskan. Sebelum mendarat, kapal terbang akan dipandu oleh sistem pendaratan instrumen. Manakala menara radio lapangan terbang mengawal pesawat dan mengubah laluannya seperti yang diperlukan. Sistem ini berfungsi walaupun enjin pesawat telah mati ketika sedang mendarat.

#9. Pendaratan di atas air atau tanah? Manakah yang paling selamat?

Ini bergantung pada model kapal terbang. Dalam kebanyakan kes, lebih mudah untuk mendarat di lapangan. Hal ini kerana air akan membanjiri pesawat dengan cepat kerana ketumpatannya dan konsistensi air. Menurut statistik, peluang untuk bertahan hidup lebih tinggi apabila mendarat di atas tanah daripada air.

#10. Apa yang juruterbang selalu makan?

Terdapat menu berasingan untuk juruterbang dengan beberapa hidangan yang boleh mereka pilih. Jika kapten juruterbang lebih suka ayam, maka pembantu juruterbang akan mendapat ikan atau daging. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan berlaku keracunan makanan akibat daripada makanan yang sama.

Para juruterbang makan secara bergilir, dan ada yang makan dengan menggunakan kawalan khas. Tetapi terdapat beberapa syarikat penerbangan yang tidak mematuhi peraturan ini, dan keadaan ini membuat para juruterbang dapat makanan yang sama dengan penumpang.

#11. Situasi mana yang paling teruk; terlanggar burung, berada dalam hujan lebat atau kena panahan kilat?

Secara umumnya, petir sering terpancar pada kapal terbang, tetapi penumpang tidak akan menyedarinya. Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, ianya boleh menyebabkan ‘blackout‘ di atas kapal terbang. Tetapi juruterbang mempunyai cara untuk menghidupkan semula elektronik di dalam kapal terbang, dan kapal terbang akan terbang seperti biasa.

Burung pula boleh memberi bahaya yang lebih besar. Jika burung memasuki ke dalam turbin, mereka boleh menyebabkan kebakaran. Tidak semua tingkap kapal terbang mampu bertahan dengan perlanggaran daripada seekor/ sekumpulan burung. Keadaaan ini menyebabkan wujudnya ‘noise generator‘ atau helikopter untuk menakutkan burung.

Hujan lebat juga berbahaya, tetapi cuaca buruk lebih mudah dikenalpasti oleh juruterbang dan dielakkan.

#12. Kenapa terdapat bentuk spiral dalam turbin kapal terbang?

Turbin boleh berfungsi tanpa sebarang bunyi. Jika anda mendekati ketika sedang berfungsi, angin daripada turbin itu mampu menolak anda beberapa meter jauhnya dan anda boleh mengalami cedera parah. Akibat daripada kemalangan yang pernah berlaku, turbin kini dilengkapi dengan spiral atau tanda khas tepat di tengah supaya orang dapat melihat sama ada enjinnya sedang hidup atau mati.

#13. Adakah orang biasa boleh mendaratkan kapal terbang?

Jika kapal terbang moden, terdapat kemungkinan orang biasa boleh mendaratkan kapal terbang tersebut. Percubaan baru-baru ini dalam simulator kapal terbang menunjukkan bahawa seorang petugas penerbangan berjaya.

Mendaratkan kapal terbang. Ianya adalah disebabkan oleh sistem komputer yang akan membimbing dan mendaratkan pesawat. Orang di kokpit akan menerima arahan menerusi radio tentang apa yang perlu dilakukan.

#14. Kenapa penumpang tidak disediakan payung terjun?

Mungkin agak memeranjatkan, tetapi hakikat sebenarnya, mempunyai payung terbang sekalipun tidak mungkin mampu menyelamatkan nyawa anda apabila kapal terbang sedang menjunam jatuh. Hal ini kerana walaupun dalam situasi yang tenang, kebanyakan orang masih gagal mengunakan payung terjun dan mendarat dengan selamat.

Bagi membolehkan terjunan dilakukan dengan betul dan tidak cedera, kapal terbang harus terbang tidak melebihi 16 ribu kaki. Tetapi terdapat kes apabila penumpang yang membawa payung terjun di dalam bagasi. Anda boleh cuba membuat demikian, tetapi anda perlu ingat yang harga payung terjun hampir sama dengan harga sebuah kereta.

#15. Adakah juruterbang takut untuk terbang?

Kejadian kemalangan kapal terbang terbesar dalam sejarah tidak berlaku di langit; ia berlaku di atas tanah. Pada tahun 1977, 2 kapal terbang bertembung di landasan, dan 583 orang telah meninggal dunia.

Menurut statistik, kebanyakan insiden berlaku dalam 3 minit pertama selepas berlepas dan 8 minit sebelum mendarat. Namun demikian, 95.7% orang yang mengalami kemalangan kapal terbang masih terselamat. Jika anda ingin mempunyai peluang yang baik untuk hidup, sila duduk di tempat duduk yang paling belakang.

Bonus: Adakah kita perlu menepuk tangan ketika kapal terbang selesai mendarat?

Malah, juruterbang pasti gembira apabila pramugari/ pramugara memberitahu bahawa penerbangan mereka dihargai dan para penumpang bertepuk tangan. Beberapa juruterbang akan berdiri di pintu keluar bagi mengucapkan selamat tinggal kepada penumpang. Anda sebagai penumpang boleh mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada mereka. Anda juga boleh menghadiahkan coklat kepada mereka. Mereka pasti gembira.

Apakah pandangan anda tentang? Anda boleh kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen!

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

5 Campuran Jus Buah Ini Yang Boleh Jadi Racun Dan Berbahaya Untuk Kesihatan

7 Jenis Manusia Yang Paling ‘Annoying’ Di Media Sosial