in

5 Campuran Jus Buah Ini Yang Boleh Jadi Racun Dan Berbahaya Untuk Kesihatan

Sayuran dan buahan merupakan sumber vitamin dan nutrisi yang berfungsi sebagai zat tambahan dalam metabolisme tubuh badan. Namun memakan kedua-duanya secara langsung agak sukar untuk ditelan bagi sesetengah orang.

Maka terjadilah idea untuk kombinasi sayur dan buah dalam bentuk jus. Tetapi ada beberapa campuran yang berbahaya untuk kesihatan. Jom kita tengok 5 jenis campuran jus buah-buahan ini.

#1. Puding dan pisang.

Kombinasi ini dikatakan berbahaya kerana boleh melemahkan hubungan sel-sel otak dan mempengaruhi sistem pencernaan anda. Ia juga boleh menyebabkan pengumpulan racun berbahaya yang boleh mendatangkan kematian pada bayi.

#2. Oren dan lobak merah.

Menurut kajian, kombinasi ini boleh menyebabkan sakit perut dan merosakkan ginjal anda. Ini kerana cecair hempedu yang terhasil membuatkan sistem pencernaan menjadi masalah.

#3. Nenas dan susu.

Enzim bromelain yang tergandung dalam nenas sering digunakan dalam perubatan seperti mengurangkan luka atau inflamasi. Kombinasi ini akan menyebabkan anda berasa mual, sakit perut dan sakit kepala. Justeru susu tidak disarankan untuk dicampur bersama kerana boleh mengurangkan khasiat ubat.

#4. Betik dan lemon.

Betik boleh melancarkan pencernaan manakala lemon berkhasiat mengurangkan batuk dan demam. Tetapi jika dikombinasikan, ia boleh meningkatkan risiko anemia serta mempengaruhi kadar protein di dalam sel darah merah.

#5. Jambu dan pisang.

Jika dicampur, mungkin anda akan mengalami beberapa gangguan pada tubuh badan. Ia boleh meningkatkan kadar protein di dalam sel darah merah. Selain itu ia juga menyebabkan rasa mual, pengumpulan gas, dan sakit kepala.

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

19 Gambar Aksi Kucing Yang Pernah Jadi Viral Di Internet

15 Soalan Panas Yang Sering Ditanya Oleh Penumpang Pada Juruterbang