in

LOL

7 Jenis Manusia Yang Paling ‘Annoying’ Di Media Sosial

Anda mungkin perasan ada gambar atau status yang dimuatnaik oleh sesetengah rakan di media sosial yang agak ‘annoying’. Dalam masa yang sama, anda sendiri tidak faham mengapa perkara itu sesuatu yang ‘annoying’ bagi anda. Mungkin ini disebabkan terdapat beberapa “perangai” mereka ketika menggunakan media sosial.

Jom kita lihat 7 jenis orang yang boleh buat kira rasa geram ini. Mungkin anda perlu unfriend atau unfollow mereka suatu hari nanti.

#1. Gamers

Buka notification, ingatkan crush komen gambar kita. Rupa-rupanya semua permintaan game sahaja. Yang buat lagi geram, orang yang sama menghantarnya. Memang mereka ni guna media sosial untuk bermain game sahaja ke?

#2. Madah pujangga

Daripada status, gambar, caption atau bio, penuh dengan madah berhelah. Katanya quote-quote sebegitu dapat memotivasi orang yang membacanya. Tapi kalau dah pagi petang siang malam dalam mood melankolik, risau juga ada yang menyampah nanti.

#3. Updater

Selalu tak jumpa orang macam ni? Baru saja tulis status beberapa minit yang lepas, muncul lagi dua tiga status yang baru. Banyak betul idea nak menulis tu. Isi timeline dan feed pula dah macam laporan pengulas sukan bola sepak.

#4. Penagih likes

Biasanya mereka ini akan menghantar mesej secara personal meminta anda untuk menglike apa sahaja postingnya. Sekali dua boleh layan lagi, kalau dah banyak kali memang meminta untuk dikecam. Tapi kalau korang terlebih rajin apa salahnya.

#5. Penulis karangan

Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat sama sekali tidak salah dalam menggunakan medium tersebut. Tapi kalau dah terlalu panjang lebar macam ujian penulisan siapa pula ingin membacanya? Namun jangan risau, mungkin ada orang yang rajin membaca.

#6. Tukang share

Ada video sajat tengah mandi terus tekan share, ada artikel tentang LGBT makin laju tekan share. Padahal faham pun belum tentu lagi. Jangan kata faham, isinya pun belum tentu dibaca. Mungkin acah-acah up to date kot.

#7. Tukang provokasi

Pengguna media sosial seperti ini yang anda paling harus hindari. Postingnya kadangkala menyinggung perasaan orang-orang tertentu. Sudahlah berunsur provokasi, lepas tu semua perkara dia nak kecam. Semua benda dia tak setuju. Eh dia ni nak apa sebenarnya?.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

15 Soalan Panas Yang Sering Ditanya Oleh Penumpang Pada Juruterbang

Wanita Dapat Ganti Rugi Dari Apple Setelah iPhone X Miliknya Berjaya Di-Unlock Berulang Kali Oleh Rakan