in

Wanita Dapat Ganti Rugi Dari Apple Setelah iPhone X Miliknya Berjaya Di-Unlock Berulang Kali Oleh Rakan

Dengan pelancaran jenama terbaru iPhone X, ramai yang ingin mengetahui sejauh mana kecanggihan ciri ‘facial recognition’ iaitu sensor yang mengecam wajah pemiliknya. Malangnya, seorang wanita dari wilayah Jiangsu telah berdepan dengan banyak masalah setelah membeli iPhone X tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Yan itu telah mengaktifkan aplikasi Face ID namun telefonnya ‘diunlock’ setiap kali cuba menggunakan wajah rakan sekerjanya.

Dia kemudian menelefon talian bantuan Apple untuk mendapatkan pertolongan namun, pekerja di situ tidak mempercayainya. Hampa dengan layanan yang diberikan, dia kemudian pergi ke kedai Apple bersama rakan sekerjanya itu untuk memberi demonstrasi mengenai masalah yang dihadapi.

Yan bernasib baik kerana pekerja di situ mempercayai dan mengatakan iPhone X itu mempunyai sedikit kerosakan. Setelah mendapat ganti rugi, iphone X kedua tyang dibeli turut berlaku masalah yang sama.

Kejadian tersebut mula tular di laman sosial dan ada yang mengatakan Apple mungkin sedikit rasis kerana semua orang Asia memiliki wajah yang serupa.

Masih tidak diketahui sama ada Yan telah membeli iPhone X yang ketiga dengan wang gantian. Namun Apple masih belum mengulas tentang kejadian ini lagi.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

7 Jenis Manusia Yang Paling ‘Annoying’ Di Media Sosial

Photoshoot Gambar Perkahwinan Di Dalam Salji Yang Sangat Cantik Ibarat Dalam Cerita Dongeng