in

Baru Usia 7 Tahun, Budak Ini Sudah Bekerja Sebagai Penghantar Barang

Seorang budak lelaki di timur China telah menjadi tular selepas gambarnya menghantar barangan tersebar di aplikasi WeChat. Budak berusia 7 tahun itu lebih dikenali sebagai Xiaochangjiang yang bermaksud “Sungai Yangtze Kecil”.

Baru-baru ini, dia bekerja sebagai penghantar barang di Qingdao, Wilayah Shandong. Wang Qingwei, Pengarah Persatuan Catur Qingdao, memuatnaik gambar budak itu setelah dia menghantar barang ke rumahnya minggu lalu.

Wang terkejut selepas melihat gerangan orang yang mengetuk pintu untuk menghantar pesanan tersebut. “Dia menyerahkan saya satu pakej besar yang dilihat agar sukar untuknya dan meminta saya untuk menandatangani resit pengesahan”. Kata Wang.

Dia kemudian meminta budak itu untuk berehat sebentar selepas melihat tangannya pucat akibat kesejukan. Wang turut memberi sebuah set catur dan mengajaknya untuk datang lagi sekiranya ingin belajar bermain catur.

Dikatakan bapa Xiaochangjiang telah meninggal dunia sementara ibunya pula telah berkahwin lain. Kini dia tinggal bersama bekas rakan sekerja bapanya di sebuah bandar di wilayah itu.

Satu notis telah dikeluarkan oleh kerajaan daerah Qingdao bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mencari ibunya.

Orang ramai telah menyumbangkan sejumlah wang kepada budak itu kepada rumah kebajikan anak-anak tempatan. Mereka turut menyambut ulangtahun kelahiran Xiaochangjiang bersama-sama.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Pelacur Kelas Atasan Ini Beritahu Kerja Sebagai Seorang ‘Call Girl’ Tidak Berbeza Seperti Seorang Atlet

25 Orang Bertuah Kerana Berpeluang Bertemu Pelanduk Dua Serupa Mereka