in

WTF

Gadis Berusia 18 Tahun Lelong Daranya Untuk Biaya Kos Pelajaran Di Cambdrige

Seorang remaja telah mencuba melelong daranya dalam usaha untuk untuk membiaya pengajian beliau di universiti Cambridge. Menurut beliau, jumlah lelongan telah mencapai sehingga tawaran sebanyak £ 890,000.

Nicole, 18, berharap dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang perniagaan di Universiti Cambridge dan berharap dapat menjual dirinya kepada penawar bidaan yang paling tertinggi untuk mencapai impiannya.

Nicole yang berbangsa Itali itu juga berharap dapat berpindah ke UK, membeli sebuah rumah untuk ibu bapanya dan membantu kakaknya mendapat wang tambahan.

Satu malam dengan Nicole – nama samaran – sedang dilelong di laman escort Eropah Model Elite VIP.

Nicole memberitahu akhbar The Sun “Saya merasakan keperawanan saya adalah suatu yang berharga.”

“Saya mempunyai hubungan dengan lelaki yang lebih berusia daripada saya. Tetapi saya mengambil keputusan untuk serahkan keperawanan saya kepada lelaki yang saya cintai dan saya akan berkahwin di masa hadapan.”

Saya ingin mendapatkan pendidikan yang baik maka saya mencari jalan di internet, cara untuk membiayai pengajian saya. Saya telah terjumpa beberapa iklan lelongan dan mendapati terdapat gadis yang menjual diri mereka dengan harga sebanyak £3.1 million. Saya telah memilih untuk melakukan perkara yang sama ketika saya berusia 18 tahun.”

Model sambilan itu mengatakan beliau telah merahsiakan keputusannya untuk melelong diri daripada ahli keluarga kerana beliau bimbang ianya akan merosakkan hubungan mereka.

Elite Models VIP mendakwa telah menyediakan perkhidmatan persahabatan (companionship) untuk lelaki yang mencari wanita yang terbaik.

Mereka mempunyai sebanyak 5 orang escort yang masih dara dan berjanji perkara ini akan disahkan oleh doktor tentang dara gadis tersebut.

Pada bulan November, seorang model mendakwa beliau telah melelong keperawanannya hampir sebanyak £ 2.2 juta – dan memanggilnya sebagai ‘impian menjadi kenyataan’.

Giselle, 19, yang tinggal di Amerika Syarikat, berkata dia memutuskan untuk menjual keperawanannya melalui laman web Cinderella Escorts yang terkenal di Jerman.

Agensi itu mendakwa penawar tertinggi adalah seorang ahli perniagaan dari Abu Dhabi, dengan tawaran £ 2.2 juta, sementara seorang pelakon Hollywood dikatakan telah membuat bidaan kedua tertinggi sebanyak £ 2.1 juta.

Giselle mengatakan dia akan menggunakan wang itu untuk membayar yuran belajarnya, membeli rumah baru, dan melancong ke seluruh dunia.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

25 Orang Bertuah Kerana Berpeluang Bertemu Pelanduk Dua Serupa Mereka

Lelaki Dipuji Netizen Kerana Berani Kembalikan Sampah Yang Dibuang Oleh Anggota Polis