in

Lelaki Dipuji Netizen Kerana Berani Kembalikan Sampah Yang Dibuang Oleh Anggota Polis

Membuang sampah merata-mata seperti di bahu jalan, jejantas, hentian bas, tandas awam dan tidak kurang juga semasa memandu di tengah jalan raya merupakan perbuatan yang tidak bermoral. Namun masih ada yang tidak menghiraukan perbuatan itu termasuk anggota polis sendiri.

Satu rakaman video berdurasi kurang dari 20 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengutip bekas cawan plastik dan memulangkan kembali kepada individu yang dipercayai seorang anggota polis.

Kejadian yang berlaku ketika di menunggu lampu merah di Matraman, Jakarta itu mendapat perhatian daripada para netizen kerana keberanian lelaki tersebut untuk menegur anggota polis berkenaan.

Video yang telah dimuat naik oleh lelaki itu sendiri dalam laman Instagram miliknya, Sidoli Parjalang telah menerima ribuan likes dan komen yang menyokong perbuatan dia menegur anggota polis membuang sampah di atas jalan raya.

@kopi hitam basi on Twitter

MANTAP, PRIA INI KEMBALIKAN SAMPAH YANG DIBUANG POLISI KE JALANAN. https://t.co/AncJ4NZ5Fu

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 4 tahun yang lepas namun Sidoli baru sahaja menjumpai rakaman video tersebut daripada komputer ribanya yang rosak lalu memuat naik baru-baru ini untuk dikongsi kepada semua.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Gadis Berusia 18 Tahun Lelong Daranya Untuk Biaya Kos Pelajaran Di Cambdrige

Dibuang 5 Pemilik Kerana ‘Terlalu Nakal’, Kucing Ini Akhirnya Temui Tuan Yang Penyayang