in

Love

Photoshoot Gambar Perkahwinan Di Dalam Salji Yang Sangat Cantik Ibarat Dalam Cerita Dongeng

Bagaimanakah anda membayangkan foto pertunangan anda yang sempurna? Mungkin ketika matahari terbenam? Persekitaran semula jadi yang indah, seperti hutan ataupun pantai?

Berbeza dengan apa yang dibuat oleh Josh Morris dan Morgan Daye, pasangan dari Tennessee, yang telah membuat keputusan untuk mengambil foto pertunangan mereka di hadapan Bald River Falls. Josh dan Morgan mahu ditangkap gambar di sekitar pergunungan dan sekitar air terjun. jurugambar Kellie Elmore mengatakan Bald River Falls ini merupakan kawasan yang indah dan mencerminkan bagaimana kedua-dua pasangan itu bertemu, dengan bertemakan konsep outdoors, alam semula jadi dan minat terhadap mendaki. Tetapi dengan menambah elemen glam.

Ketika proses photoshoot dijalankan, air terjun itu dengan berada di bawah suhu beku (25 ° F atau -3 ° C). Mereka tidak sangka betapa indahnya keadaan ketika air terjun sedang beku. Pasangan tersebut telah menghasilkan gambar yang sangat cantik dan menakjubkan. Mereka tidak membayangkan gambar seperti ini boleh terhasil.

Pasangan bahagia telah merancang perkahwinan mereka pada bulan Mei tahun ini.

Sila lihat keseluruhan gambar ini.

#1. Josh Morris dan Morgan Daye, pasangan dari Tennessee, yang sampai ke tempat fotoshoot pertunangan mereka.

#2. Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk mengambil gambar di Bald River Falls dan kagum melihat suasana air terjun yang sedang beku.

#3. Kami tidak menjangka betapa cantiknya pemadangan air terjun ini.

#4. Mereka berasa terkesima dengan bertapa cantiknya gambar ‘photoshoot‘ di dalam keadaan musim sejuk.

#5. Ianya tempat yang cantik dan mengambarkan bagaimana pasangan sejoli itu bertemu.

#6. Mereka berasa kagum-kagum pada setiap gambar yang dihasilkan.

#7. Pasangan tersebut bercadang berkahwin pada Mei ini.

Apa pandangan anda tentang gambar yang dihasilkan? Di manakah lokasi gambar pertunangan anda? Sila kongsikan pandangan anda!

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Wanita Dapat Ganti Rugi Dari Apple Setelah iPhone X Miliknya Berjaya Di-Unlock Berulang Kali Oleh Rakan

12 Tabiat Yang Anda Harus Hentikan Kalau Mahu Umur Panjang