in

Love OMG

Bill Gates Kini Bukan Lagi Manusia Yang Paling Kaya Di Dunia

Pada penghujung tahun 2017, gelaran orang paling kaya tidak lagi dipegang oleh pengasas Microsoft, Bill Gates sebaliknya gelaran tersebut telah disandang oleh Jeff Bezos.

Pengasas Amazon, iaitu portal membeli-belah dalam talian yang terbesar di dunia itu berjaya mengalahkan Bill Gates setelah saham perniagaan beliau melonjak naik sebanyak 13.5 peratus menjadikan kekayaan Bezos mencapai sebanyak USD93 juta.

Walaupun ada yang cemburu atas kejayaannya termasuk daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Bezos masih mempertahankan kedudukannya pada tahun ini.

Hal ini kerana beliau terus mengusahakan perniagaan Amazon dengan pelbagai strategi pertumbuhan yang bukan hanya terhadap sektor perdagangan secara elektronik, malah turut mendapat keuntungan daripada sektor periklanan dan perniagaan yang lain.

Sejak menubuhkan Amazon pada tahun 1994, perniagaan beliau terus berkembang dan memasuki industri baru seperti Perkhidmatan Web Amazon yang merupakan penyumbang utama dalam syarikat tersebut.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

7 Pekerjaan Pelik Yang Mendapat Gaji Yang Lumayan Tanpa Memerlukan Segulung Ijazah

12 Gambar Dedah Sisi Lain Selebriti Terkenal Yang Tidak Pernah Ditunjukkan Oleh Media