in

Cute LOL Love OMG Win WTF

9 Pasukan Tentera Yang Paling Berdisplin Di Dunia

Selain daripada tahan lasak, salah satu ciri utama bergelar seorang askar adalah disiplin mereka yang sangat tinggi.

Sejak bergelar rekrut tentera lagi, para anggota tentera sudah didedahkan dengan jadual yang ketat dan latihan yang berat bagi menjadikan mereka sebagai seorang aset kepada negara yang berharga.

Namun, di dalam banyak-banyak pasukan tentera di dunia, hanya 9 negara sahaja yang dikatakan memiliki pasukan tentera dengan tahap disiplin yang tinggi sekali.

#9. China – People’s Liberation Army

Sebagai sebuah pasukan tentera yang paling besar di dunia, anggota tentera di China sudah tentunya memiliki tahap disiplin yang tinggi sekali.

Pangkalan Zhurihe yang merupakan sebuah pusat latihan ketenteraan yang menyediakan latihan intensif kepada anggota-anggota mereka sebelum membenarkan mereka layak bergelar sebagai seorang anggota tentera.

#8. Filipina – NAVSOG & CGSOG

Berbeza dengan latihan ketenteraan yang konservatif yang kebanyakkan digunakan oleh mana-mana negara di dunia. Anggota pasukan Naval Special Operations Group (NAVSOG) dan Coast Guard Special Operations Group (CGSOG) dari Filipina ini diwajib untuk menjalani latihan ketika mabuk.

Ini bertujuan untuk membuktikan selain daripada kekuatan fizikal, para anggota mereka diwajibkan untuk memiliki kekuatan mental yang tinggi.

Setiap anggota diwajibkan untuk berlari sejauh 10 km, berenang sejauh 28 km dan menjalani latihan menembak. Semuanya ini perlu dilakukan dalam keadaan mabuk.

#7. Amerika Syarikat – Navy SEALs

Perkataan SEAL yang digunakan oleh pasukan ini bermaksud Sea, Air and Land yang merupakan sebuah pasukan tentera elit daripada Amerika Syarikat.

#6. India – Indian Army

Pasukan Indian Army daripada India ini sering dikatakan paling berdisplin di dunia di mana para anggotanya perlu menjalani latihan ketenteraan, bersukan dan berenang di sepanjang tempoh bergelar rekrut.

Selain daripada itu, pasukan tentera ini turut dikenali kerana sering mengenakan hukuman yang teruk seperti Maharaja, merangkak di dalam parit dan juga meranggak di dalam air sejuk.

#5. Israel – Shayetet 13

Sering dibandingkan dengan pasukan Delta Force dan Navy SEALs, pasukan Shayetet 13 daripada Israel ini merupakan sebuah pasukan tentera yang paling banyak rahsia sekali.

#4. Britain – M16

Meskipun pasukan M16 ini bukanlah sebuah pasukan tentera, namun untuk bergeler sebagai pegawai risikan M16 yang bertauliah, seseorang itu diwajibkan untuk menjalani latihan ketenteraan seperti seorang anggota komando.

#3.  Korea Utara – Storm Corp Soldiers

Selain terkenal dengan pemimpin mereka yang gila, Korea Utara juga terkenal kerana memiliki sebuah pasukan tentera yang besar dan berdisiplin tinggi.

Meskipun jenis latihan dan senjata yang digunakan oleh anggota-anggota pasukan ini dirahsiakan, namun reputasi Korea Utara sebagai sebuah negara tentera tidak dapat dinafikan lagi.

#2. Rusia – Spetsnaz

Pihak tentera Rusia percaya sekiranya tercetusnya peperaangan, pastinya ramai yang akan merasai kesakitan. Oleh sebab itu, para anggota Spetsnaz ini diwajibkan untuk ‘belajar’ merasai kesakitan bagi mempersiapkan diri mereka sekiranya tercetus peperangan pada masa yang akan datang.

#1. Afrika Selatan – Elite Military

Siapa yang dapat menyangkakan pada tangga pertama duduknya pasukan tentera daripada benua Afrika.

Bagi melayakkan seseorang rekrut itu untuk menyertai pasukan elit ini, mereka diwajibkan untuk menjalani beberapa buah latihan yang menyeksakan di mana tiada makanan disediakan dan mereka turut idak dibenarkan untuk tidur.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Jadi Guru Yoga Paling Muda, Budak Lelaki Berusia 7 Tahun Ini Jana Pendapatan Lebih RM60,000

14 Gambar Selebriti Popular Sebelum Mereka Jadi Terkenal