in

Saintis Di China Berjaya Klonkan Monyet Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Manusia

Setelah teknik kloning digunakan pada kambing biri-biri, Dolly pada 20 tahun yang lalu, sehingga kini teknologi itu masih menjadi perkara yang menarik untuk dibincangkan.

Terbaru, dua orang saintis dari China telah berjaya mengklonkan sepasang monyet kembar dengan menggunakan teknik yang serupa.

Monyet kembar yang bernama Zhong Zhong dan Hua Hua itu yang dilahirkan tujuh minggu lalu di Akademi Sains China (CAS) Institut Sains Saraf di Shanghai telah melalui sebuah hasil penyelidikan bertahun-tahun melibatkan proses pemindahan sel nuklear somatik.

Menurut Pengarah CAS, Muming Poo berkata, mereka tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan kaedah ini terhadap manusia.

Para saintis turut menjangka lebih banyak haiwan yang akan diklon pada masa akan datang.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

25 Gambar ‘Misleading’ Yang Membuatkan Kita Melihat Berkali-kali

5 Kanak-kanak Kacukan Korea Yang Paling Comel Di Dunia