in

Begini Cara Cepat Pulihkan Kekejangan Otot Yang Menyerang Tiba-tiba

Masalah cramp atau kekejangan otot kaki cramp membuatkan kita akan berasa kejang pada bahagian betis dan berasa kesakitan terutamanya pada sekitar pergelangan kaki.

Masalah ini berlaku tidak kira waktu, dan kerap juga berlaku pada waktu malam ketika tidur. Mereka yang menghadapinya akan menyebabkan terjaga dari tidur, tidak mampu bergerak (kaki) dan sudah tentunya mengadu kesakitan. Kesengsaraan ini terpaksa ditanggung dalam tempoh tertentu. Namun kekejangan tidak merosakkan otot betis.

Golongan yang berisiko menghadapi masalah kaki cramp ialah:

1. Wanita yang mengandung, dimana rahim mula membesar. Berat badan yang meningkat memberi tekanan kepada salur darah pada kaki menyebabkan pergaliran darah tidak sempurna. Mungkin juga badannya kekurangan mineral disebabkan bayi mengambil mineral yang diperlukannya.

2. Sesetengah kes wanita yang tidak mengandung, tetapi uterus (rahim) memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki.

3. Atlet yang melakukan senaman atau pergerakan berlebihan.

4. Obesiti juga memberi masalah tekanan urat saraf serta daya tahan otot pada kaki.

5. Mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti guru.

Punca utama masalah kekejangan kaki:

Kekejangan kaki ini berpunca daripada fungsi otot yang tidak terkawal melalui proses pengecutan (contraction) dan berehat. Biasanya berlaku pada otot gastrocnemius (belakang betis). Terdapat kes berlaku pada otot Extensor Digitorum Longus. Manakala kekejangan sewaktu berenang sering berlaku pada otot Tibialis Anterior.

Dalam keadaan normal untuk setiap pergerakan kaki, otot akan silih berganti bertukar di antara pengecutan dan berehat.

Namun sekiranya pergerakan kaki yang memerlukan otot dalam keadaan berehat, menjadi sebaliknya (kekal mengecut), menyebabkan kekejangan otot berlaku. Itulah sebab otot- otot belakang betis menjadi keras (mengecut) sewaktu kekejangan berlaku.

Mangsa akan berasa sengsara dalam hanya beberapa saat hingga kepada beberapa minit, atau mungkin lebih lama daripada itu.

Salah satunya mungkin mampu merawat masalah kekejangan kaki yang menyerang secara tiba-tiba:

1. Menyapu minyak/balm/pad panas pada bahagian otot betis untuk mengurangkan rasa sakit.

2. Remedi dari India menggunakan dua sudu makan serbuk kunyit dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa hingga membentuk struktur tebal. Kemudian sapukan pada bahagian sakit.

3. Lakukan senaman regangan otot.

4. Menarik tapak kaki ke arah badan. Jika sukar dilakukan, rakan anda boleh membantu.

5. Cuba berjalan menggunakan hujung tapak kaki  seperti menjungkit.

6. Urut pada otot betis iaitu dari belakang (lipatan) kepala lutut hingga ke tengah perut betis. Elakkan urut di tendon tumit bagi mengelak berlakunya kecederaan lain.

Kalau tidak pulih-pulih juga dari kesakitan cramp atau membengkak, eloklah jumpa doktor atau pakar terapi. Akupuntur juga boleh memulihkan masalah kerap cramp dengan mencucuk pada titik-titik tertentu di atas otot yang terlibat.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

10 Ilustrasi Yang Gambarkan Betapa Bahagianya Seorang Isteri Menikmati ‘Me Time’

11 Perabot Aneh Yang Anda Sebenarnya Mahu Sekurang-kurangnya Satu Dalam Diam