in

Love

7 Petanda Si Dia Merupakan Jodoh Paling Sesuai Buat Kita

Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT buat hamba-Nya. Namun ia tidak akan datang secara bergolek sekiranya tiada usaha untuk mencarinya.

Berikut merupakan 7 petanda sekiranya si dia merupakan jodoh yang terbaik buat kita.

#1. Penampilan yang bersederhana.

Dalam kehidupan seharian, si dia mempunyai sikap yang sederhana dan tidak berpura-pura apabila berhadapan dengan anda. Cara percakapan, berpakaian, ketawa, makan atau minum dengan spontan dan tidak perlu berlagak control.

#2. Selesa ketika bersama.

Walaupun banyak masa dihabiskan bersama, anda tidak pernah berasa bosan atau jemu dengan si dia. Malah semakin hari semakin sayang tak kira dalam apa jua situasi. Bila berjauhan, perasaan rindu semakin membara kerana ingin berjumpa dengan si dia.

#3. Terima kekurangan masing-masing.

Si dia tidak mengungkit sejarah silam atau kesilapan yang pernah anda lakukan. Soal harta dan rupa bukan menjadi perkara utama, sebaliknya keserasian yang wujud dalam perhubungan menjadi keutamaan dalam diri masing-masing.

#4. Percaya antara satu sama lain.

Setiap orang memiliki rahsia yang tersendiri. Namun, ada sesetengah perkara perlu dikongsi dengan si dia untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh anda. Bagi mereka yang ditakdirkan bersama, sifat saling percaya akan timbul dari hati kerana ia adalah salah satu kunci untuk perhubungan yang kekal lama.

#5. Bertolak ansur.

Bagi anda yang inginkan perhubungan dalam jangka waktu yang panjang, anda dan pasangan perlu saling consider dan bekerjasama dalam melalui liku-liku kehidupan. Walaupun mempunyai masalah kecil sekalipun, anda perlu selesaikan dengan cara yang paling terbaik.

#6. Mendengar kata hati.

Manusia dikurniakan naluri untuk mengetahui dan memahami perasan pasangan masing-masing. Dengan wujud perasan ini, anda akan memahami situasi-situasi yang dihadapi oleh pasangan anda tanpa perlu bertanya kepada mereka, ada kalanya mereka terpaksa berbohong kerana tidak mahu menyusahkan anda.

#7. Solat istikharah dan tawakal.

Jodoh dan pertemuan semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Manusia hanya berusaha di dunia ini. Jadi jika si dia pilihan anda, buatlah keputusan yang terbaik. Jika tidak, tolaklah dia dengan sebaik mungkin kerana apa yang anda lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Bukan Manusia, Tetapi Inilah Pencuri Yang Gemar Mencuri Pakaian Dalam Jirannya Setiap Hari

Meskipun Tidak Waras, Cara Wanita Gila Ini Membesarkan Anaknya Buat Ramai Orang Kagum