in

Bukan Manusia, Tetapi Inilah Pencuri Yang Gemar Mencuri Pakaian Dalam Jirannya Setiap Hari

Siapa yang tidak curiga terhadap pasangan sekiranya terjumpa pakaian dalam di atas katil kekasih mereka. Bagi Ed Williams, beliau bernasib baik apabila kekasihnya tidak memutuskan hubungan, sebaliknya ternyata kucing William adalah dalangnya.

Kucing bernama Mo itu selalu membawa pulang pakaian dalam termasuk coli dan meletakkannya dalam bilik, lalu menimbulkan masalah antara lelaki itu dengan teman wanitanya.

Kucing itu juga mencuri pelbagai pakaian termasuk stokin, seluar dalam lelaki dan wanita serta kemeja T yang dijemur di luar rumah milik jiran-jiran Williams.

“Sepanjang menjaga Mo sejak dua tahun lalu, sudah lima kotak pakaian milik jiran telah dicuri.” katanya.

Tambah Williams lagi, jiran di sebuah kawasan di Auckland, New Zealand itu sudah terbiasa dan memahami perangai pelik Mo dan mereka yang kehilangan pakaian akan datang ke rumahnya untuk mengambil pakaian-pakaian tersebut.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

12 Ilustrasi Ini Dedah Sisi Lain Wanita Cantik Ketika Bersendirian Di Rumah

7 Petanda Si Dia Merupakan Jodoh Paling Sesuai Buat Kita