in

LOL Love OMG WTF

Jangan Terus Minum Air Masak Sekiranya Tercekik Tulang Ikan Di Tekak Kerana Dikhuatiri Boleh Membawa Maut

Bagi penggemar makanan laut, tiada apa yang lebih menyelerakan daripada menikmati ikan laut segar sama ada dibakar ataupun digoreng. Hampir setiap orang pernah mengalami pengalaman tercekik tulang ketika kita sedang asyik menikmatinya.

Ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersekat pada kerongkong. Gambar ini membantu anda menyelesaikan masalah yang mungkin anda pernah alami satu ketika dulu.

Rata-rata masyarakat yang mengalami masalah ini akan minum air masak, berkumur dengan cuka, makan kuning telur dan menggunakan kaedah ‘kepal nasi’. Tetapi sebenarnya anda salah!

Perkara itu akan menyebabkan kerongkong anda merah dan bernanah.

Langkah pertama yang patut dilakukan adalah meminta orang yang terdekat dengan anda untuk melihat dengan menggunakan torchlight atau lampu suluh ke dalam mulut anda. Sekiranya tulang yang tersekat itu tidak dalam, anda boleh menariknya keluar dengan menggunakan pin.

Namun, jika tulang tersebut terlalu dalam dan anda tidak tahan akan kesakitan yang dialami, anda perlu segera berjumpa doktor.

Dokter Xu Siwei, seorang doktor pakar bedah di China pernah melakukan pembedahan terhadap lima orang pesakit yang mengalami masalahduri ikan yang tersangkut pada kerongkong.

Beliau telah berjaya menyelamatkan empat nyawa manakala seorang telah tewas kerana duri tulang yang terlalu dalam.

Nampak sahaja ia perkara yang remeh kerana duri tulang boleh sembuh dengan pantas. Tetapi, ketahuilah bahawa duri tulang ikan yang tersangkut dalam kerongkong boleh menyebabkan kematian.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

11 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton Filem Black Panther

Wanita Vegetarian Ini Amalkan Minum Air Mani Rakan Baiknya Setiap Pagi Untuk Kesihatan