in

5 Atlet Beragama Islam Yang Paling Cantik Di Dunia

Siapa kata wanita berhijab tidak boleh aktif dalam bidang sukan? Walaupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak, namun aurat tetap perlu dijaga. Mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menempa nama di peringkat antarabangsa, sekali gus mengikis streotaip bahawa golongan wanita lemah dalam bidang sukan.

Jom kita kenali lima orang atlet antarabangsa yang berhijab mencipta nama di persada dunia.

#1. Kariman Abuljadayel

Kariman yang berasal dari Arab Saudi merupakan seorang atlet sprint atau lari pecut yang tampil dengan hijabnya ketika di Olimpik 2016. Atlet yang berusia 24 tahun ini telah menewaskan tujuh pemain 100 meter pada Olimpik 2016 dengan catatan masa beliau 14.61 saat.

#2. Rahaf Khatib

Meskipun dikelilingi atlet dan rakan-rakan yang tidak berhijab, Rahaf yang berasal dari Amerika Syarikat telah memberi isnpirasi kepada wanita dan atlet yang lain. Tampil dengan imej berhijab, Rahaf yang mempunyai tiga orang cahaya mata telah muncul di majalah Womens Running United States 2016 sebagai wanita sukan pertama yang memakai hijab.

Menurut atlet lari pecut ini, pencapaian dan penampilannya dapat menjadikan  insirasi kepada wanita diluar sana dan mencerminkan imej yang positif terhadap seorang wanita Muslim di Amerika Syarikat.

#3. Kubra Dagli

Wanita cantik ini berusia 21 tahun berasal dari Turki ini telah memenangi pingat emas pada Kejohanan Taekwando Dunia ke-10 yang diadakan di Peru pada Oktober 2016.

Pencapaiannya itu merupakan sejarah yang bermakna buat negara kelahirannya meskipun pada usia yang muda dan berpenampilan menutup aurat (bertudung), bukanlah penghalang wanita berhijab untuk melakukan aktiviti lasak, sebaliknya, ia dapat  membuktikan bahawa wanita bertudung mampu bersaing dalam bidang sukan lasak seperti taekwando.

#4. Shirin Gerami

Atlet wanita berusia 29 tahun ini telah telah menarik perhatian seluruh pelosok dunia apabila beliau diiktiraf sebagai atlet triathlon yang mengenakan  hijab pertama dalam pertandingan olahraga antarabangsa. Aksinya yang cukup hebat dan memukau di Ironman World Champion membuat masyrakat kagum dengan  wanita Muslim ini.

#5. Doaa Elghobashy

Atlet muda berusia 22 tahun ini merupakan seorang pemain bola tampar pantai yang telah memenangi Piala The African Volleyball Confederation (CAVB) yang diadakan di Nigeria pada tahun 2017.

Elghobashy memakai tudung pada usia 12 tahun dan kerjayanya sebagai bola tampar adalah minatnya yang mendalam sejak kecil lagi.

Wanita bertudung sering dipinggirkan kerana dilihat lemah dan tidak beraksi sepenuhnya dimana-mana petandingan. Namun, mereka ini tampil dengan imej berhijab yang membuatkan masyarakat ‘membuka mata’ akan kewujudan Muslimah yang berhijab dalam dunia sukan.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Pemandu Uber Ini Bawa Bekas Teman Wanitanya Bersama Kekasih Barunya Sebagai Penumpang

25 Hasil Photoshop Yang Paling Fail Dalam Sejarah Grafik Moden